top of page

Yumi’s Cells Season 3: Bila Hati Yumi Bergetar Lagi

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 1 minute ago
  • 2 min read

Lepas tiga tahun tunggu, Yumi’s Cells Season 3 akhirnya kembali dan kali ini, bukan saja kisah kerjaya Yumi yang jadi perhatian, tapi juga cinta yang ‘hidup’ semula. Kalau korang jenis suka drama yang relatable sampai rasa macam kena batang hidung sendiri, ini memang wajib masuk watchlist.

Dalam musim terbaru ni, Yumi (lakonan Kim Go-eun) dah capai impian dia sebagai penulis novel romantik terkenal. Hidup nampak stabil, tenang… dan jujurnya, sedikit kosong.


Dia terlalu fokus pada kerja sampai tak tahu macam mana nak “rehat”. Yes, relatable gila especially kalau korang jenis workaholic. Plot mula menarik bila munculnya Soon-rok, penerbit muda yang dilakonkan oleh Kim Jae-won. Dari cara Yumi pandang dia pun dah boleh rasa something is different.


Daripada sekadar rutin kerja, tiba-tiba emosi Yumi mula ‘aktif’ balik. Cells dalam kepala dia pun start ‘hidup’ satu per satu. Kiranya, hati yang lama ‘tidur’ tu dah mula bangun balik.

Salah satu kekuatan Yumi’s Cells memang pada cara dia gambarkan emosi harian, kecil tapi meaningful. Season kali ni pun tak lari dari formula tu, malah lebih ringan dan kelakar.


Menurut Kim Go-eun sendiri, elemen humor akan lebih banyak. Jadi bukan sekadar drama cinta biasa, tapi ada momen-momen random yang buat korang tergelak sendiri.


Dan yang paling penting semua emosi tu rasa real. Dari awkward moment sampai rasa berbunga tu, semuanya macam kita pernah lalui. Yumi’s Cells Season 3 akan mula ditayangkan pada 13 April di platform TVING. Dua episod akan ditayangkan setiap minggu.


Kalau korang follow dari Season 1, ini memang kesinambungan yang patut ditunggu. Tapi kalau baru nak start pun tak ada masalah sebab jalan cerita masih mudah nak catch up. Akhir kata, drama ni bukan sekadar pasal cinta, tapi tentang perjalanan hidup, kerja, emosi, dan bagaimana kita belajar untuk ‘hidup’ semula. Kadang-kadang, kita pun perlukan “cells” untuk remind kita supaya jangan terlalu serius dengan hidup.

Comments


bottom of page