top of page

The Ultimate Duo Akhirnya Tayang Selepas 7 Tahun

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • Mar 26
  • 1 min read

Selepas 7 tahun tertangguh, filem The Ultimate Duo akhirnya menemui penonton di pawagam dan menariknya, ia masih terasa relevan dan menghiburkan. Bukan sekadar filem “terlewat tayang”, tapi masih ada daya tarik tersendiri.


Filem ini mengisahkan dua detektif yang langsung tak sepadan. Jae-hyeok (lakonan Bae Sung-woo) ialah detektif lama yang jatuh pangkat, manakala Jung-ho (lakonan Jung Ga-ram) pula seorang influencer kaya yang baru masuk dunia kepolisan.


Segalanya bermula dengan kes kecil iaitu tangkapan pencuri duit tabung gereja sebelum ia bertukar menjadi kes pembunuhan besar di Seoul. Walaupun kes tu dah ditutup, mereka berdua nekad untuk siasat semula secara tidak rasmi.


Sepanjang cerita, penonton dihidangkan dengan gabungan aksi, misteri dan sedikit humor. Chemistry antara dua watak utama jadi kekuatan paling ketara nampak bercanggah, tapi itu yang buat perjalanan mereka menarik.


Watak sampingan seperti Esom dan Jo Han-chul pula membantu tambah konflik, manakala Yoon Kyung-ho tampil dengan sisi antagonis yang agak berbeza daripada imej biasa dia.


Secara keseluruhan, arahan Park Cheol-hwan berjaya kekalkan tempo cerita supaya tak membosankan. Walaupun melalui pelbagai halangan sebelum ditayangkan, hasil akhirnya masih solid dan memuaskan.


The Ultimate Duo mula ditayangkan pada 2 April. Kalau korang cari filem jenayah yang ringan tapi ada twist, ini memang boleh masuk list hujung minggu.

Comments


bottom of page