Selepas 10 Tahun, ‘Goblin’ Kembali Dengan Reunion Istimewa
- Tasnim Ahmad
- 7 hours ago
- 1 min read
Kalau anda peminat tegar K-drama, nama Guardian: The Lonely and Great God memang tak perlu diperkenalkan lagi. Drama ikonik ini bakal buat comeback tapi bukan dengan musim baharu, tapi dengan special reunion sempena ulang tahun ke-10. Yes, nostalgia is real.

Lebih menarik, barisan pelakon utama seperti Gong Yoo, Lee Dong-wook, Kim Go-eun dan Yoo In-na akan kembali bersama dalam program khas ini. Bukan sekadar duduk dalam studio tapi mereka akan pergi trip pendek sambil throwback babak-babak paling legend dari drama tersebut.
Untuk yang mungkin terlupa, Goblin pernah jadi fenomena besar ketika ditayangkan pada 2016 di tvN. Rating pun bukan biasa-biasa, lebih 20%, satu pencapaian besar untuk drama kabel waktu itu. Sampai sekarang, drama ni masih discover oleh generasi baru melalui platform streaming.
Apa yang buat Goblin kekal relevan? Selain jalan cerita fantasi romantik yang unik, penulisan dialog oleh Kim Eun-sook memang padu dimana banyak quote jadi viral. Visual pula digarap cantik oleh Lee Eung-bok, ditambah pula dengan OST yang pernah dominate carta muzik. Pendek kata, memang lengkap.
Tak hairanlah pada 2017, drama ni sapu bersih pelbagai anugerah termasuk Baeksang Arts Awards dan beberapa lagi acara besar. Ia bukan sekadar drama, tapi dah jadi sebahagian daripada budaya pop Korea.
Special reunion ini juga dibuat sempena ulang tahun ke-20 tvN, jadi memang ada nilai sentimental tersendiri. Dalam program nanti, penonton boleh expect momen lucu, throwback emosi, dan mungkin juga cerita behind-the-scenes yang kita tak pernah dengar sebelum ini.
“Goblin 10th Anniversary” dijangka ditayangkan pada separuh pertama tahun ini so, standby untuk rasa balik ‘feels’ lama tu.

Sebagai peminat di Malaysia, ini memang peluang terbaik untuk revisit kenangan sama ada anda team Goblin atau Grim Reaper, confirm akan rasa something.



Comments