top of page

Dato' Sri Siti Nurhaliza Terima Ijazah Sarjana Kehormat Sunway University

  • Writer: N
    N
  • 13 hours ago
  • 1 min read

Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerima Ijazah Sarjana Kehormat (Honoris Causa) dalam bidang Seni Kreatif dan Media daripada Sunway University sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya kepada industri muzik dan seni kreatif Malaysia selama lebih tiga dekad.


Anugerah yang disampaikan sempena Istiadat Konvokesyen Sunway University itu mengiktiraf legasi serta impak Siti dalam memperkasakan industri seni tanah air.

Menerusi perkongsian di media sosial, Siti meluahkan rasa syukur dan menyifatkan penghormatan itu bukan hanya untuk dirinya, tetapi juga buat seluruh warga industri muzik dan seni kreatif Malaysia.


Beliau turut berharap pengiktirafan tersebut dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda serta pengamal seni untuk terus menghasilkan karya berkualiti dan mengangkat seni budaya Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

Sepanjang lebih 30 tahun berkarya, Siti Nurhaliza bukan sahaja dikenali sebagai antara penyanyi paling berpengaruh di negara ini, malah turut aktif sebagai usahawan dan penyokong pembangunan industri kreatif tempatan.

Comments


bottom of page