VIVIZ Bakal Gegar Malaysia Buat Pertama Kali Dalam Jelajah Dunia 2025
- N
- 11 hours ago
- 2 min read
Peminat K-pop Malaysia kini boleh bersorak gembira apabila kumpulan sensasi VIVIZ, yang dianggotai oleh Eunha, SinB dan Umji, bakal mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada 2025 VIVIZ WORLD TOUR [NEW LEGACY], konsert ini dijadualkan berlangsung pada 25 Oktober 2025 (Sabtu), jam 5 petang bertempat di idea Live Arena, Kuala Lumpur.

Tiket akan mula dijual pada 4 September 2025 (Khamis), jam 12 tengah hari melalui laman web rasmi my.bookmyshow.com, Fantopia, Ctrip dan Trip.com.
Kategori Tiket & Harga:
VIP – RM738 (termasuk Sound Check, Hi-Bye, Photocard, Tag VIP & peluang hadiah eksklusif)
CAT 1 – RM588
CAT 2 – RM488
CAT 3 – RM388
CAT 4 – RM338

Setiap kategori tiket hadir dengan photocard eksklusif, manakala peminat bertuah berpeluang memenangi poster dan polaroid bertandatangan.
Konsert ini bukan sekadar penampilan sulung di Malaysia, malah hadir pada tahun penuh istimewa buat VIVIZ. Tahun 2025 menyaksikan pelancaran album studio pertama mereka “A Montage of ( )”, dengan lagu utama “La La Love Me” serta lagu solo setiap ahli.
Lebih manis, konsert ini juga berlangsung selepas ulang tahun ke-10 bersama bekas kumpulan mereka, GFRIEND, yang menjadikan momen ini lebih istimewa buat peminat setia, Na.V.
Sejak debut pada 2022 dengan single “Bop Bop!”, VIVIZ terus mencipta nama sebagai kumpulan K-pop wanita yang berpengaruh. Mereka pernah:
Menjadi kumpulan wanita pertama membuat persembahan di Grammy Global Spin
Menarik perhatian global melalui program realiti Queendom 2
Melancarkan beberapa mini album termasuk Summer Vibe (2022), VarioUS, VERSUS (2023), dan VOYAGE (2024) dengan lagu hit seperti “MANIAC”, “Untie”, “PULL Up” dan banyak lagi.
Dengan rekod cemerlang ini, tidak hairanlah konsert pertama VIVIZ di Malaysia menjadi acara paling dinanti oleh peminat K-pop tempatan.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti TopGallant Show di TikTok, Instagram dan Facebook atau layari laman rasmi mereka di www.topgallantshow.com.
Comments