Selepas Debut di Anugerah Melodi Terhangat, Fajar Sertai Konsert BCL “Eternal Love, Timeless Romance” di KLCC
- kaypohmedia
- 22 hours ago
- 1 min read

Baru sahaja mencuri tumpuan dengan debut pertamanya di pentas Anugerah Melodi Terhangat, penyanyi muda berbakat dari Indonesia, Fajar, kini mengorak langkah lebih besar apabila diumumkan sebagai artis jemputan istimewa dalam konsert mega Bunga Citra Lestari (BCL) – “Eternal Love, Timeless Romance” yang akan berlangsung pada 27 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Buat peminat yang mengikuti perkembangan Fajar, kemunculannya di Anugerah Melodi Terhangat baru-baru ini menjadi bualan hangat kerana aura dan vokalnya yang memukau walaupun itu adalah persembahan sulungnya di Malaysia. Kini, Fajar bersedia memikat hati penonton sekali lagi, kali ini di atas pentas yang lebih besar, bersama nama-nama besar industri muzik serantau.

Konsert ini juga akan menampilkan penyanyi bersuara emas Jaclyn Victor dan maestro biola terkenal Dennis Lau, di samping BCL yang terkenal dengan rangkaian lagu cinta abadi dan persembahan penuh emosi. Gabungan bakat dari Malaysia dan Indonesia ini dijangka mencipta malam yang penuh memori dan magis.
Tiket konsert kini boleh didapati di www.ticket2u.com.my.
Jangan lepaskan diskaun 10% dengan kod promosi: fajarlove atau bcl88sale.
Lebih menarik, pembeli tiket juga akan menikmati:
Diskaun penerbangan eksklusif Malaysia Airlines selepas pembelian tiket.
Potongan sehingga RM90 untuk bayaran mudah melalui Atome.
Selepas debut yang mengagumkan di Anugerah Melodi Terhangat, persembahan Fajar di konsert ini pasti menjadi momen yang dinanti-nantikan. Peminat, inilah peluang untuk menyaksikan sendiri perjalanan karier bintang muda ini yang sedang bersinar!
Comentários