top of page

BCL Hadir Dalam “BCL: Eternal Love – Timeless Romance” di KL, 27 September Ini!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 21 hours ago
  • 1 min read

Penyanyi dan aktres tersohor Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL, bakal kembali memukau peminat Malaysia! 

 

Konsert istimewa bertemakan cinta, BCL: Eternal Love – Timeless Romance ini akan berlangsung pada 27 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

 

Dianjurkan oleh Pulse Project Asia, konsert ini menjanjikan satu pengalaman penuh emosi dan keindahan, menyusuri perjalanan muzik BCL yang kaya dengan nuansa cinta dan kisah-kisah kehidupan.

 

Menurut penganjur, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, sebaliknya sebuah penghargaan istimewa buat para peminat yang telah menyokong kerjaya BCL sejak lebih sedekad lalu.

 

“Penonton akan dibawa menyusuri perjalanan muzik BCL yang menyentuh hati melalui lagu-lagu cinta abadi, balada penuh makna dan penceritaan intim. Semuanya akan dipersembahkan dengan tata cahaya bersama produksi bertaraf dunia,” ujar Muhammad Anuar Zaini dari Pulse Project Asia.

 

Menariknya, konsert ini turut tampil dengan pelbagai pakej istimewa untuk memberikan pengalaman luar biasa kepada peminat.

 

Antaranya ialah pakej eksklusif “Cinta Abadi” yang menggantikan kategori VVIP. Pembeli pakej ini berpeluang mengikuti sesi Meet & Greet peribadi bersama BCL, bergambar kenangan serta menerima barangan eksklusif bertandatangan.

 

Selain itu, hanya 300 peminat bertuah yang membeli tiket terawal akan menikmati Pas Soundcheck Eksklusif, peluang menyaksikan sesi latihan BCL secara langsung sebelum konsert bermula.

 

Tiket mula dijual secara rasmi pada 6 Jun 2025, jam 3 petang menerusi platform Ticket2U. Pembelian awal juga akan menikmati diskaun 10% sebagai tanda penghargaan kepada penyokong setia.

 

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam cinta yang takkan dilupakan bersama BCL, satu konsert yang bakal menjadi antara momen paling romantis dan beremosi tahun ini.


Комментарии


bottom of page