Pond Naravit Tiba Di KL Untuk Acara Versace Fragrances Holiday Pop Up!
- Atiqah Halim

- Nov 10, 2025
- 1 min read

Kuala Lumpur kembali ‘panas’ bila pelakon popular Thailand, Pond Naravit Lertratkosum, akhirnya tiba di Malaysia untuk acara Versace Fragrances Holiday Pop Up yang berlangsung di Suria KLCC pada 10 November, jam 5 petang, hari ini.
Hantaran rasmi dari akaun GMMTV awal petang tadi menunjukkan Pond sudah berada di dalam pesawat menuju Malaysia, lengkap dengan kapsyen yang mengesahkan beliau akan menyertai acara jenama mewah itu. Tak lama lepas tu, poster rasmi acara pun tular di media sosial yang terus buat peminat tempatan ‘on alert’ dan bersiap untuk ke KLCC seawal mungkin.
Acara ini menandakan kemunculan istimewa Pond sebagai wakil rasmi Versace Fragrances di Asia Tenggara, sekali gus meneruskan kolaborasi antara pelakon itu dan jenama berprestij tersebut. Pond sebelum ini dikenali sebagai antara selebriti Thailand yang sering membawa imej classy dan elegan, jadi tak hairan kalau Versace memilih dia untuk kempen musim percutian kali ini.
Sejak pagi tadi, tanda pagar #PondxVersaceFragrancesMY dan #GMMTV sudah pun trending di X (Twitter), dengan ramai peminat Malaysia berkongsi video dan update sekitar KLCC. Ada juga yang sanggup ambil cuti semata-mata nak tengok Pond secara dekat yang menunjukkan betapa kuatnya pengaruh pelakon yang pernah membintangi siri popular Never Let Me Go dan Fish Upon The Sky ini.
Menurut sumber dari GMMTV, Pond dijangka akan menyertai sesi khas bersama peminat di tapak pop-up Versace Fragrances, sambil meraikan pelancaran edisi baharu haruman eksklusif jenama itu. Walaupun butiran sesi pertemuan masih terhad, aura keterujaan peminat jelas terasa di ruang komen media sosial dan di lokasi acara sendiri.
Dengan senyuman signature dan karisma semula jadinya, kehadiran Pond ke Malaysia kali ini pastinya akan mencipta satu lagi momen ikonik buat komuniti peminat Thai di sini.
















Comments