top of page

Celebrity Showdown Himpunkan Lebih 60 Selebriti, Berentap Dalam Kejohanan Pickleball Sempena Hari Malaysia

  • kaypohmedia
  • 11 minutes ago
  • 2 min read

Siapa sangka gelanggang pickleball bakal jadi tempat selebriti tempatan ‘settle’ persaingan secara sihat? Celebrity Showdown akan menghimpunkan lebih 60 artis dan selebriti untuk kejohanan pickleball sempena Hari Malaysia pada 16 September 2026.


Antara nama yang bakal turun padang termasuk Khairy Jamaluddin atau KJ, Johan Raja Lawak, Sharif Zero, Dato’ AC Mizal, Adlin Aman Ramlie, Tomok dan Ayie Floor 88.

Daripada lebih 60 selebriti yang terlibat, 56 orang akan bertanding dalam lapan pasukan. Setiap pasukan akan diketuai seorang kapten, antaranya Johan Raja Lawak, Sharif Zero, AC Mizal, Adlin Aman Ramlie dan beberapa nama lain.


Paling menarik, enam lagi pemain bagi setiap pasukan hanya akan ditentukan menerusi undian pada hari kejohanan. Maknanya, siapa bakal satu team dengan siapa masih menjadi misteri sehingga hari pertandingan.


Selain aksi atas gelanggang, Celebrity Showdown turut menampilkan persembahan artis, aktiviti menarik dan cabutan bertuah, termasuk peluang memenangi sebuah motosikal elektrik. Pasukan juara pula bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Idea kejohanan ini dicetuskan oleh Sharif Zero dan Johan Raja Lawak selepas melihat semakin ramai rakan artis aktif bermain pickleball. Bagi mereka, Celebrity Showdown bukan sekadar mencari juara, tetapi peluang untuk rakan-rakan industri berkumpul, bersukan dan mengeratkan silaturahim.


KJ turut dijadualkan menyempurnakan pelancaran Celebrity Showdown yang berlangsung di Tomaz Pickleball Club, Subang. Pemilihan 16 September pula cukup bermakna kerana kejohanan ini berlangsung tepat pada sambutan Hari Malaysia.

Menariknya, Celebrity Showdown juga dirancang untuk diteruskan pada masa akan datang, mungkin setiap enam bulan atau setahun sekali jika mendapat sambutan.


Jadi, selain nak tengok siapa paling power dengan paddle, kita juga boleh expect beberapa gandingan selebriti yang mungkin tak pernah terbayang sebelum ini. 16 September nanti, gelanggang pickleball memang bakal jadi port panas dunia hiburan tempatan.

Comments


bottom of page