Park Shin Hye X ITSU, Sesi Istimewa Bersama Peminat di Malaysia!
- Ain Najihah
- Jul 23
- 1 min read

Buat peminat setia Park Shin Hye, ada berita baik buat anda! Pelakon dan ikon kecantikan terkenal Korea Selatan itu bakal mengadakan sesi Meet & Greet eksklusif bersama peminat di Malaysia yang bertempat di IOI City Mall, West Court (Lower Ground) pada Ahad 27 Julai ini!
Menariknya, waktu acara tersebut telah dikemas kini dan akan berlangsung dari jam 5 petang sehingga 6 petang. Jadi, pastikan anda hadir lebih awal untuk mendapatkan tempat terbaik dan merasai sendiri detik istimewa bersama bintang kegemaran anda.
Sesi Meet & Greet ini dianjurkan oleh jenama kerusi urut terkenal ITSU bersempena dengan kolaborasi mereka bersama Park Shin Hye sebagai duta rasmi.
Penampilan eksklusif ini dijangka menarik perhatian peminat dari seluruh negara dengan peluang unik untuk melihat lebih dekat figura terkenal ini.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk bertemu secara langsung dengan selebriti Korea kegemaran anda hanya di IOI City Mall, 27 Julai ini!
Comments