Park Bo Gum Kembali Temui Peminat Malaysia September Ini Menerusi Jelajah Fan Meeting 2025!
- Nurul Safiah
- 17 hours ago
- 1 min read

Berita baik buat peminat setia K-drama dan bintang Korea Selatan tersohor, Park Bo Gum! Aktor kacak kesayangan ramai itu bakal kembali ke Malaysia menerusi siri jelajah fan meeting bertajuk “PARK BO GUM 2025 FAN MEETING TOUR [BE WITH YOU]”.
Siri jelajah ini dijadualkan berlangsung pada 13 September 2025, jam 5 petang di Idea Live Arena, Kuala Lumpur!

Acara eksklusif ini menjanjikan pengalaman istimewa buat peminat tempatan yang merindui kehadiran Park Bo Gum selepas sekian lama tidak berjumpa secara fizikal.
Lebih menarik, fan meeting ini bukan sekadar sesi temu mesra biasa, peminat yang hadir bakal menikmati pelbagai keistimewaan dan faedah eksklusif, termasuk hadiah rasmi khas dari pihak penganjur.
Jualan tiket umum akan bermula pada 15 Julai 2025, jam 12.00 tengah hari (MYT) menerusi dua platform rasmi iaitu BOOKMYSHOW dan FANTOPIA.

Setiap transaksi hanya dibenarkan membeli maksimum dua tiket sahaja, dan nama pembeli mesti sepadan dengan dokumen pengenalan diri seperti MyKad atau pasport untuk tujuan pengesahan semasa penebusan tiket.
Pihak penganjur turut menegaskan bahawa tiada pindaan atau pemindahan tiket dibenarkan selepas pembelian dibuat, dan sekiranya didapati orang ketiga hadir mewakili pembeli, kemasukan ke acara boleh ditolak serta-merta tanpa sebarang bayaran balik.
Jangan lepaskan peluang emas untuk bertemu Park Bo Gum secara langsung, menyaksikan pesonanya di pentas dan menjadi sebahagian daripada detik penuh kenangan ini!

Comments