Panggung Purnama 2025: Pamungkas & Fugo Sedia Gamatkan Zepp KL Bersama Bilal Indrajaya
- kaypohmedia
- 6 hours ago
- 1 min read
Bahang Panggung Purnama 2025 semakin terasa apabila dua nama besar dalam dunia muzik nusantara Pamungkas dan Fugo diumumkan sebagai barisan artis kedua dan ketiga yang bakal bergabung dengan Bilal Indrajaya di pentas Zepp Kuala Lumpur.
Penganjur acara, UdaraLaskhar, tampil 'main kasar' dengan menyatukan tiga figura muzik yang mempunyai pengikut setia dan identiti tersendiri dalam satu malam penuh magis pada 28 September 2025.

Nama Pamungkas tidak asing dalam senarai artis alternatif Indonesia yang berjaya menembusi pasaran Asia Tenggara. Dikenali menerusi lagu “To The Bone”, Pamungkas akan muncul solo di pentas Malaysia buat pertama kalinya sebuah penantian panjang yang bakal berakhir di Panggung Purnama.
Tidak kurang hebatnya, Fugo, kugiran Malaysia yang kian menonjol dengan karya seperti “As Long As We Stay” dan “Lagu Balada Kala Hujan” turut diberi kepercayaan untuk melengkapkan lineup bersama dua nama besar dari seberang.
"Kami percaya kepada ‘candu’ Pamungkas dan Fugo bermula dari penampilan hinggalah ke karya mereka. Peminat sudah lama menanti momen ini. Kami realisasikan impian itu di Panggung Purnama,” ujar John Labu, wakil dari UdaraLaskhar.
Membuka malam dengan sentuhan balada dan lirik yang penuh rasa, Bilal Indrajaya bakal menjadi benang penghubung emosi kepada persembahan magikal ini. Gabungan ketiga-tiga pemuzik dijangka mencipta pengalaman live yang intim, hangat dan tidak mudah dilupakan.

Konsert ini bakal berlangsung pada 28 September 2025 di Zepp Kuala Lumpur. Tiket kini boleh didapati di www.ilassotickets.com dengan harga bermula dari:
Bintang – RM179
Langit – RM199
Bumi – RM239
Awan – RM249
Purnama (VIP) – RM399
Melepaskan peluang ini umpama menolak lamaran cinta daripada Bilal Indrajaya — penuh karisma dan rasa.
Panggung Purnama bukan sekadar konsert. Ia adalah pertembungan magis tiga dunia muzik yang saling melengkapi. Bersedia untuk disihir?
Comments