top of page

Panggung Purnama Bawakan Pamungkas Untuk Peminat Malaysia!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 1 day ago
  • 1 min read
ree

Kenangan lama bakal dihidupkan kembali apabila penyanyi sensasi Indonesia, Pamungkas, bakal tampil mengadakan konert eksklusif di Zepp Kuala Lumpur pada 28 September ini!


Acara ini dianjurkan oleh Panggung Purnama iaitu sebuah platform hiburan yang dikenali kerana membawa persembahan yang penuh emosi dan berkualiti tinggi. 


Pamungkas sememangnya tidak asing dalam kalangan peminat muzik indie dan pop alternatif di Malaysia. Lagu-lagu hits seperti To The Bone, One Only dan Monolog telah menjadi teman setia buat mereka yang tersakiti.


Konsert ini menjanjikan malam yang sarat dengan emosi, penuh dengan lagu-lagu yang pernah menyentuh hati ramai. 


ree

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri persembahan yang dijangka akan menyentuh hati dan jiwa. Anda boleh dapatkan tiket https://www.ilassotickets.com/ .


Komentarze


bottom of page