Bilal Indrajaya di Panggung Purnama, Penampilan Perdana di Zepp KL 28 September Ini!
- Nurul Safiah
- Jun 23
- 1 min read

Penyanyi yang terkenal dengan karya-karya puitis Bilal Indrajaya disahkan bakal menggegarkan pentas Panggung Purnama pada 28 September 2025 bertempat di Zepp Kuala Lumpur!
Kehadiran Bilal yang pernah membuat penampilan di festival berskala besar seperti BNI Java Jazz Festival 2024 serta kolaborasinya bersama artis Malaysia seperti Noh Salleh dan Romantic Echoes menjadikan penyanyi ini cukup dekat di hati peminat tempatan.
Menurut wakil UdaraLaskhar, John Labu, mereka teruja membawa Bilal sebagai penghibur Panggung Purnama pada malam berkenaan.
“Kami percaya pada magnet Bilal daripada penampilan sehingga karya yang telah membuat ramai peminat kecanduan serta terus ingin menikmati lagu-lagu beliau secara langsung.
“Kami realisasikan permintaan peminat menerusi penampilan sulung Bilal dalam Panggung Purnama pada 28 September 2025 di Zepp Kuala Lumpur nanti.
“Bilal adalah seperti bulan yang terang dan memberi sinar dari atas panggung menerusi karya-karyanya kepada pemina,” katanya.
Konsert Panggung Purnama menjanjikan sebuah pengalaman istimewa, dengan pengumuman nama-nama lain untuk fasa kedua dan finale akan dilakukan dalam masa terdekat.

Tiket telah mula dijual menerusi laman rasmi www.ilassotickets.com kategori Bintang (RM179), Langit (RM199), Awan (RM249), Bumi (RM239) dan Purnama (RM399).
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Bilal Indrajaya bersinar di bawah langit Kuala Lumpur kerana siapa tahu, ini mungkin sekali seumur hidup.
Comments