FUGO Sertai Barisan Artis “Panggung Purnama” Fasa 2
- Nurul Safiah
- 9 hours ago
- 1 min read

Konsert “Panggung Purnama” kini makin hangat apabila FUGO, kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu galau penuh emosi, diumumkan sebagai artis Fasa 2 untuk acara yang bakal berlangsung pada 28 September 2025 di Zepp Kuala Lumpur.
Penganjuran oleh UdaraLaskhar ini menjanjikan malam penuh rasa, memori dan lontaran vokal bertenaga yang akan menyentuh hati para penonton.
Konsert yang dijadual bermula jam 8.00 malam ini menggabungkan unsur hiburan dan emosi yang mendalam, menjadikan ia antara acara paling dinanti peminat muzik tempatan.

Dengan kemasukan FUGO ke dalam barisan persembahan, peminat kini boleh menjangkakan persembahan yang lebih mantap, penuh ekspresi dan menggempakkan, khas untuk para pencinta lagu ‘galau’ yang ingin menyelami rasa bersama ratusan peminat lain di bawah satu bumbung.
Tiket kini boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman rasmi www.ilassoTicket.com/panggungpurnama.
Para peminat diseru untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan, memandangkan sambutan hangat dijangka susulan pengumuman fasa artis terkini ini.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menggalau dalam aura Panggung Purnama bersama FUGO dan artis-artis hebat lain, hanya di Zepp Kuala Lumpur, 28 September 2025!

Comments