top of page

MMIO Lancar Bantuan Raya B40 Bersama Lebih 100 Influencer

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • Apr 15
  • 2 min read

Updated: Apr 16

Menjelang musim perayaan, program Bantuan Raya B40 MMIO tampil dengan pendekatan yang lain daripada biasa. Bukan sekadar hulur bantuan, tapi gabungkan kuasa influencer dan komuniti untuk beri impak sebenar di mana ianya on ground, bukan sekadar di skrin.


Program yang akan berlangsung pada 19 April ini dianjurkan oleh Malaysia Multimedia Influencers Organization (MMIO), sebuah NGO yang fokus kepada pemberdayaan digital dan kebajikan sosial. Kali ini, mereka kumpulkan lebih 100 pencipta kandungan terkenal Malaysia bersama rakan korporat untuk turun padang bantu golongan B40, OKU dan belia yang pernah melalui trauma.


Apa yang menarik, inisiatif ini bukan sekadar tentang agihan barang keperluan atau pek Raya. Ia juga jadi platform untuk para influencer berkongsi kisah sebenar penerima bantuan.


Menurut pengasas MMIO, Wong Foo Khay, kekuatan media digital sebenarnya tak terhad pada konten semata-mata. Bila digunakan dengan betul, ia boleh ubah persepsi masyarakat dan buka lebih banyak ruang empati terhadap golongan yang kurang bernasib baik.


Dalam masa sama, program ini adalah sebahagian daripada inisiatif “Design For U”, yang cuba gabungkan teknologi, kandungan digital dan sokongan emosi dalam membantu komuniti. Dengan sokongan penaung organisasi, Tengku Dato' Dr. Hishammuddin Zaizi, MMIO dilihat semakin serius dalam membina ekosistem tanggungjawab sosial yang lebih inklusif.


Lebih menarik, para pencipta kandungan yang terlibat bukan hanya hadir sebagai “wajah kempen”. Mereka akan dokumentasikan pengalaman sebenar di lapangan secara jujur dan tanpa filter. Tujuannya? Nak pecahkan stigma dan “invisible bias” terhadap komuniti marginal.


Secara tak langsung, ini juga jadi satu cara untuk ajak lebih banyak syarikat dan jenama tampil dengan usaha jangka panjang, bukan sekadar kempen bermusim.


Kalau tengok trend sekarang, kolaborasi antara influencer dan kerja kebajikan makin menjadi perhatian. Tapi pendekatan MMIO ni ada kelainan. Lebih grounded, lebih real, dan ada storytelling yang kuat.


Website: mmio.org.my



Comments


bottom of page