LahLahLand 2026 Kembali Dengan Muzik, Sneakers, Makanan Dan Banyak Lagi

Kalau korang suka sneakers, muzik, makanan, gaming, skating atau collectibles, LahLahLand 2026 mungkin festival yang boleh masuk dalam radar korang bulan ini.
Selepas edisi pertama pada 2025, LahLahLand kembali pada 10 dan 11 Oktober 2026 di MIECC, dengan gabungan pelbagai komuniti dan subkultur dalam satu festival.

Antara tarikan utama ialah SneakerLAH, yang meneruskan kolaborasi bersama ASICS menerusi GEL-KAYANO 20 ‘Ais Kacang’. Rekaan ini mengambil inspirasi daripada pencuci mulut popular Malaysia dan meneruskan siri kolaborasi sebelum ini yang diinspirasikan oleh Nasi Lemak, KLCC, Teh Tarik dan Mamee.
Bagi peminat muzik pula, ConcertLAH menampilkan nama seperti Hujan, Dannqrack & Eemrun, Sweetass, Kidd Santhe & Friends, Lil Asian Thiccie x I-SKY, Jemput Dengar, Rudeen, Belia Benci Club dan ZÜ.

Bukan muzik sahaja. EsportsLAH akan menampilkan pertandingan Tekken 8 dan eFootball Mobile, manakala SkateLAH kembali dengan team battles serta pertandingan Best Trick. Komuniti larian pula boleh menyertai LariLAH featuring adidas Hyperrelay bersama beberapa run club dari Kuala Lumpur.
Untuk edisi kali ini, LahLahLand turut memperkenalkan WatchesLAH dan CardsLAH Card Party. WatchesLAH menampilkan jenama seperti Hamilton, Casio dan Rado, sementara CardsLAH menghimpunkan vendor TCG, pengumpul dan peminat trading cards.

Kalau lapar, MakanLAH pula menyediakan pelbagai pilihan makanan dengan beberapa tawaran diskaun melalui Grab Dine Out. Marketplace festival turut menampilkan jenama seperti ASICS, Montigo, Kahf, Against Lab, TNTCO dan Futuremade Studio.
Bagi pemegang tiket VIP, terdapat akses awal mulai 10 pagi serta barangan eksklusif seperti botol Montigo, stokin Xocks terhad kepada 300 pasang dan tote bag LahLahLand.

LahLahLand 2026 berlangsung pada 10 dan 11 Oktober, dari 12 tengah hari hingga 10 malam di MIECC. Tiket General Admission bermula RM30 untuk presale, manakala tiket VIP berharga RM100.
Dengan sneakers, muzik, makanan, gaming, skating dan collectibles semuanya dalam satu lokasi, LahLahLand 2026 nampaknya memang direka untuk korang yang suka lompat dari satu minat ke minat yang lain.



Comments