MIFFest & EUFF Bersatu, Raikan Kepelbagaian Budaya Melalui Filem
- Ain Najihah
- 4 days ago
- 2 min read

Layar perak Kuala Lumpur kembali bersinar pada malam semalam apabila Festival Filem Eropah Malaysia ke-25 (EUFF) secara rasminya membuka tirai di GSC MyTOWN dalam satu majlis yang penuh gemilang.
Apa yang lebih menarik lagi buat pertama kalinya, EUFF dianjurkan serentak dengan Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-8 (MIFFest) bersejarah dalam dunia sinema tempatan dan antarabangsa.
Festival ini diadakan dengan tema “Infinity” dan membawa mesej perpaduan serta keterbukaan budaya melalui filem.
Gabungan dua festival ini bukan sahaja meraikan kekayaan penceritaan dari Eropah dan Asia Tenggara malah membuka ruang untuk dialog budaya yang lebih luas antara pembikin filem, penonton dan komuniti kreatif antarabangsa.
Malam Gala yang Penuh Elegan

Persembahan pembukaan turut mencuri tumpuan dengan menampilkan gabungan tarian tradisional Malaysia dengan irama klasik Eropah, disertai visual seni hasil tangan artis tempatan iaitu simbol kepada semangat festival yang merentasi sempadan kreativiti.

Presiden MIFFest, Joanne Goh, menyatakan bahawa sinergi antara EUFF dan MIFFest adalah lambang keyakinan terhadap kuasa filem sebagai medium penyatuan global.
Menurut beliau, festival kali ini menyaksikan tayangan filem dari 18 buah negara Eropah termasuk beberapa karya yang turt bertanding dalam MIFFest ke-8.

Sementara itu, Duta Kesatuan Eropah ke Malaysia, H.E. Rafael Daerr, dalam ucapan perasmiannya menyifatkan EUFF sebagai salah satu festival filem antarabangsa paling berprestij di Malaysia sejak diperkenalkan pada 1999.
Filem Pembukaan: Year of the Widow

Majlis kemuncak diteruskan dengan tayangan perdana filem Year of the Widow, arahan
Veronika Lišková dari Republik Cech.
Filem yang merupakan kerjasama produksi antara Slovakia dan Croatia ini menyentuh emosi dengan naratif seorang wanita yang terpaksa mengharungi realiti kehidupan selepas kematian mengejut suaminya.
Filem ini merupakan debut naratif pertama Veronika Lišková selepas kejayaannya dalam bidang dokumentari, termasuklah Daniel’s World dan The Visitors yang pernah ditayangkan di festival berprestij seperti Berlinale dan Locarno.
Festival gabungan ini bakal berlangsung dari 20 hingga 27 Julai 2025 yang akan menampilkan pelbagai tayangan dari seluruh Eropah serta Asia Tenggara.
Ia bukan sahaja memberi peluang kepada penonton tempatan untuk meneroka perspetif baharu, malah memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab filem yang dinamik di rantau ini.
Comments