Salmokji: Filem Seram Korea Tawan Box Office
- Tasnim Ahmad
- 2 hours ago
- 2 min read
Kalau korang kaki filem seram, nama Salmokji memang tengah panas sekarang. Filem Korea “Salmokji: Whispering Water” terus mendominasi box office hujung minggu. Ini bukti yang genre seram masih ada tempat besar di hati penonton.

Dalam tempoh tiga hari sahaja (Jumaat hingga Ahad), filem ni berjaya tarik lebih 343,000 penonton ke pawagam. Secara keseluruhan pula, jumlah tontonan dah mencecah hampir 2 juta. Ianya satu angka yang bukan calang-calang untuk filem seram.
Apa sebenarnya yang buat Salmokji jadi sebutan?
Ceritanya ikut sekumpulan kru penggambaran yang diketuai oleh Soo-in, lakonan Kim Hye-yoon. Mereka ke satu lokasi misteri untuk siapkan shooting sebelum deadline. Bunyi macam biasa, kan? Tapi makin lama mereka berada di situ, makin pelik perkara yang berlaku seolah-olah ada sesuatu yang tak mahu mereka keluar hidup-hidup.
Lokasi tersebut, Salmokji, bukan sekadar latar cerita. Ia sebenarnya sebuah takungan air di Yesan County, Korea Selatan, yang memang terkenal dengan kisah-kisah paranormal dalam kalangan penduduk tempatan. Ada yang kata pernah nampak kelibat pelik, ada juga yang dengar suara tanpa rupa. Seram dia bukan sekadar dalam filem tapi ada “legend” sendiri.

Menariknya, setakat ini Salmokji masih mendahului kadar tempahan tiket di pawagam, dan dijangka melepasi angka 2 juta penonton dalam masa terdekat. Satu pencapaian yang confirm buat peminat genre seram lagi teruja.
Dalam masa sama, filem Hollywood bergenre sci-fi, Project Hail Mary, berada di tempat kedua dengan lebih 2.49 juta jumlah tontonan keseluruhan. Tapi nampaknya aura seram Salmokji masih belum pudar.
Apa yang jelas, trend filem seram Korea memang tengah naik semula. Jalan cerita yang simple tapi penuh suspense, ditambah dengan elemen budaya tempatan. Itu yang buat dia lain daripada yang lain.
Kalau korang jenis suka filem yang buat jantung laju dan rasa tak senang duduk, Salmokji mungkin next watchlist korang. Tapi jangan tengok sorang-sorang… nanti lain macam pula jadinya.



Comments