Pewaris Susuk: Bila Kecantikan Jadi Sumpahan
- Tasnim Ahmad
- 4 hours ago
- 2 min read
Kalau anda peminat filem Pewaris Susuk, bersedia tau sebab naskhah seram tempatan ni bukan sekadar bagi jump scare biasa, tapi masuk terus ke emosi. Kisah tentang susuk, dosa warisan dan pengorbanan seorang ibu ni memang ada “rasa lain” yang buat kita tak senang duduk.

Filem arahan Faizal Nadxaman ini bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 30 April 2026. Dengan sentuhan skrip oleh Naza Manas, jalan cerita dia bukan sekadar seram tapi ada lapisan misteri dan konflik dalaman yang berat.
Barisan pelakon pun bukan calang-calang. Kita ada Rosyam Nor, Sarimah Ibrahim, Alya Iman dan ramai lagi. Gabungan ni memang bagi vibe sinematik yang solid, bukan sekadar filem seram biasa.
Cerita dia follow Maya (Alya Iman), seorang wanita yang cuba lari daripada trauma silam selepas kehilangan ibunya dalam keadaan misteri. Demi mulakan hidup baru, dia ambil keputusan kerja sebagai pembantu rumah di sebuah banglo terpencil.
Nampak macam permulaan baru… tapi rupanya itu permulaan kepada sesuatu yang lebih gelap.
Banglo tu bukan rumah biasa. Ada sejarah hitam, kematian tragis, dan aura yang tak kena. Lagi seram bila anaknya Ayu mula jadi sasaran gangguan mistik. Dari situ, Maya mula sedar semua yang jadi bukan kebetulan.
Rupanya, apa yang berlaku ada kaitan dengan warisan keluarga dia sendiri.
Apa yang menarik tentang Pewaris Susuk, dia tak hanya fokus pada elemen seram. Ada isu lebih dalam tentang kecantikan yang datang dengan harga, tentang pilihan yang terpaksa dibuat, dan sejauh mana seorang ibu sanggup berkorban.
Dan bila rahsia satu demi satu terbongkar, cerita dia jadi makin intense. Bukan setakat takut… tapi juga buat kita fikir.
“Bila kecantikan jadi taruhan, nyawa pula jadi galang ganti.”
Secara keseluruhan, Pewaris Susuk nampak macam satu lagi filem seram tempatan tapi sebenarnya dia cuba pergi lebih jauh. Dari visual yang gelap, suasana banglo yang menekan, sampai ke konflik emosi yang berat,
semua tu buat pengalaman menonton jadi lebih “melekat”.
Kalau anda jenis suka filem seram yang ada jalan cerita kuat (bukan sekadar hantu muncul tiba-tiba), ini mungkin boleh masuk dalam watchlist.
Berani tak nak tengok?







Comments