Filem Seram POLONG: Misteri Poster Tular Terjawab
- Tasnim Ahmad
- 8 hours ago
- 2 min read
Kalau korang perasan, sejak kebelakangan ni ramai share poster seram yang nampak pelik dan ‘disturbing’ dekat media sosial. Rupanya, misteri tu bukan sekadar gimik biasa ia sebenarnya sebahagian daripada kempen filem seram tempatan, POLONG.

Filem POLONG mula jadi bualan bila visual poster dia buat ramai rasa tak selesa. Bukan jenis seram biasa, tapi lebih kepada sesuatu yang ‘off’ macam ada benda yang tak kena, tapi kita tak tahu apa. Dari situ, spekulasi pun bermula. Ada yang teka ini projek viral marketing, ada juga yang ingat kes sebenar.
Teaser rasmi yang baru dilepaskan akhirnya beri sedikit jawapan. Tapi jangan expect semua misteri terus terbongkar. Sebaliknya, ia buka lebih banyak persoalan. Sedikit demi sedikit, kisah di sebalik apa yang disembunyikan mula muncul dan dari situ, ketakutan sebenar bermula.
Menariknya, POLONG diinspirasikan daripada kes jenayah kontroversi di Malaysia. Ini yang buat vibe dia jadi lagi ‘real’ dan dekat dengan penonton tempatan. Bukan sekadar hantu atau jumpscare, tapi ada elemen psikologi yang buat kita fikir dua kali.
Dari segi produksi, filem ini diarahkan oleh Zulkarnain Azhar, nama yang memang dah sinonim dengan karya penuh suspen. Barisan pelakon pun bukan calang-calang. Mimi Lana, Fad Anuar, June Lojong, Nadiya Nisaa dan Namron antara yang terlibat. Kombinasi ni memang bagi harapan tinggi untuk sebuah filem seram yang bukan saja menakutkan, tapi juga berlapis dari segi cerita.
Apa yang pasti, teaser yang ada sekarang cuma permulaan. Banyak lagi yang belum didedahkan. Dan kalau ikut vibe yang dah ditunjukkan, filem ni bukan jenis yang bagi jawapan mudah. Mungkin akan buat kita tertanya-tanya lama lepas keluar panggung.

Pendek kata, kalau korang peminat filem seram tempatan yang lain dari biasa, POLONG memang patut masuk dalam watchlist. Cuma satu soalan: betul ke kita dah bersedia untuk tahu apa sebenarnya yang disembunyikan selama ni?



Comments