top of page

MIFFest 2025 Dirasmikan Dengan Penuh Gemilang Dan Meriah

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • Jul 21
  • 2 min read
ree

Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) kembali dengan lebih megah bagi edisi ke-8, menandakan pembukaan sembilan hari keajaiban sinema dan pertukaran budaya antarabangsa.

 

Bertempat di MyTOWN KL, malam pembukaan berlangsung meriah dengan sesi permaidani merah, tayangan filem istimewa dan penghormatan kepada warga industri yang banyak menyumbang.

 

Dengan tema tahun ini, “Infinity” atau “Tanpa Batas”, MIFFest meraikan potensi tanpa had dalam dunia perfileman, menekankan kekuatan cerita untuk menyatukan, menyentuh emosi dan menginspirasi masyarakat sejagat.


ree

Duta MIFFest ialah Bront Palarae, Siti Saleha dan Daiyan Trisha turut berkongsi pengalaman peribadi mereka tentang hubungan emosi dengan sinema dan makna mendalam festival ini dalam landskap hiburan tempatan dan antarabangsa.


Majlis pembukaan turut diserikan dengan kehadiran barisan selebriti terkenal seperti Zizan Razak, Fabian Loo, Rachel Tan dan Sangeeta Krishnasamy, disambut dengan suasana penuh semangat dalam komuniti dan lensa kamera sepanjang sesi karpet merah.

ree

“Cerita mempunyai kuasa untuk menyentuh, mencabar dan menyatukan kita. Dalam dunia yang sering terpisah, filem mengingatkan kita tentang nilai yang kita kongsi bersama, emosi, kemanusiaan dan harapan,” kata Joanne Goh merangkap presiden dan pengasas MIFFest.

 

Malam tersebut turut menayangkan filem pembukaan rasmi, Ninavau, arahan Bebbra Mailin. Filem ini menyorot perjalanan pulang seorang wanita Kadazan ke Sabah, membawa bersamanya rahsia peribadi yang belum dikongsikan kepada keluarga.

 

ree

MIFFest 2025 terus memperkukuh kedudukannya di pentas global dengan penganjuran Sidang Kemuncak Filem & TV ASEAN dan segmen ASEAN On Screen, yang menampilkan kepelbagaian suara Asia Tenggara.

 

Festival ini turut berlangsung selari dengan Festival Filem Eropah Malaysia ke-25, menonjolkan hubungan budaya yang erat antara Timur dan Barat.

 

Festival ini akan memuncak dengan Anugerah Golden Global Malaysia ke-8 (MGGA), yang bakal menghimpunkan bakat sinema dari seluruh dunia.

 

ree

Sebanyak hampir 700 penyertaan diterima tahun ini, mencerminkan pengaruh MIFFest yang kian berkembang.

 

Berlangsung dari 19 hingga 27 Julai 2025, menampilkan tayangan filem, acara luar ruangan, pasaran terbuka, tayangan terbuka, dan forum industri bertaraf antarabangsa.

 

MIFFest mengalu-alukan penyertaan pencinta filem, peminat seni dan pengiat industri untuk sama-sama merasai pengalaman sinematik yang penuh inspirasi ini.


ree

Comments


bottom of page