top of page

Komedi Minimalis, Ketawa Maksimum: Sheng Wang Live di Kuala Lumpur Januari Ini!

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 18 hours ago
  • 2 min read
ree

Kalau korang perlukan sebab untuk ketawa sampai tak cukup nafas awal tahun depan, inilah dia. Pelawak terkenal dan “Zen Master of Comedy”, Sheng Wang, bakal membuat penampilan sulungnya di Kuala Lumpur pada 9 Januari 2026, bertempat di HXC Grand Ballroom, United Point Mall, sebagai sebahagian daripada Asia Tour 2026.


Dibawakan oleh BOHM Presents bersama peneraju hiburan langsung tempatan LOL Asia, persembahan satu malam ini dijangka menjadi antara acara komedi paling dinanti, menampilkan gaya pemerhatian tajam, tenang dan “effortless funny” yang dah jadi trademark Sheng Wang di pentas antarabangsa.


Dilahirkan di Taipei, Taiwan dan dibesarkan di Houston, Texas, Sheng Wang bukan pelawak tipikal yang menjerit untuk perhatian. Sebaliknya, dia dikenali dengan gaya pentas yang tenang dan lucu secara semula jadi dan menjadikan perkara kecil dalam hidup sebagai bahan tawa besar.


Dikenali menerusi Netflix special 2022, Sweet & Juicy (yang diterbit dan diarahkan oleh Ali Wong), Sheng Wang berjaya mencuri perhatian dunia dengan komedi minimalis yang bersih tapi padu. Kritikus memuji persembahannya sebagai “a masterclass in chill humour”, di mana setiap punchline datang perlahan-lahan tapi tetap mengena.



Antara topik yang sering jadi bahan jenakanya? Segalanya dari beli bantal leher, geometri pelik troli pasar raya, sampai nikmat self-care. Hal remeh yang tiba-tiba terasa sangat relatable. Dengan gaya yang smooth dan tenang, dia buat penonton ketawa dulu, baru tersedar betapa “deep” sebenarnya setiap lawak tu.


Selain di pentas, Sheng Wang juga pernah jadi penulis skrip untuk sitkom popular ABC, Fresh Off The Boat (2015–2018), membuktikan dia bukan sekadar pelawak, tapi juga pencerita bijak yang faham jiwa manusia.


Menurut Rizal Kamal, CEO LOL Asia, “Dalam dunia yang penuh bising, stres dan isu politik, lawak Sheng Wang ini seperti reset button untuk jiwa. Dia bawa komedi yang pintar, positif dan buat kita rasa baik, bukan yang menjerit nak perhatian.”


ree

Rizal turut menambah, “Humornya universal. Cara dia olah benda harian jadi sesuatu yang kelakar dan relatable itu luar biasa. Penonton Malaysia pasti akan ‘connect’ dengan energy dia yang real dan minda dia yang random tapi genius.”


Persembahan Sheng Wang di Kuala Lumpur akan jadi satu malam penuh tawa yang bijak, jujur, dan terasa macam sembang santai dengan kawan cuma bezanya, setiap ayatnya boleh buat korang terguling.


Kalau sebelum ni ramai kata lawak bagus mesti kasar atau lantang, Sheng Wang datang untuk buktikan sebaliknya; komedi yang tenang pun boleh jadi luar biasa.


Jadi kalau korang jenis yang hargai jenaka pintar, spontan dan tak perlu drama berlebihan, inilah show yang korang tak nak lepaskan.



Tiket kini dijual di lolasia.bigtix.io dengan harga bermula dari RM138.


Mark your calendars, 9 Januari 2026, sebab malam tu, KL bakal dipenuhi ketawa tak berhenti.


Comments


bottom of page