AirAsia Hausboom Festival 2025: Bila Music, Makan & Fashion Bergabung.
- Atiqah Halim
- 5 hours ago
- 2 min read

Malaysia, bersedia sebab AirAsia Hausboom Festival 2025 powered by Hotlink baru sahaja buktikan yang kita punya festival scene dah naik level epic. Dua hari berturut-turut, dari tengah hari sampai tengah malam, MAEPS Serdang bertukar menjadi planet muzik, makanan & fashion terbesar tahun ni.
Dengan tema “Paint The Town Red”, festival ni bukan sekadar konsert, tapi satu celebration budaya pop Malaysia & Nusantara. Bayangkan 33 artis lokal dan antarabangsa perform tanpa henti, sambil korang boleh chill dekat kawasan food fest by KL Foodie, thrifting barang rare dari SOVO, borong merch SVG, sampai makan nasi padang dari Ampera Raya. Semua ni, powered by Hotlink dan dibawa oleh AirAsia. Memang tak main-main!
Seriously, lineup tahun ini macam mimpi sebab semua generasi dari lagenda ke nama-nama baru yang tengah meletup ada.

Antara yang buat crowd menjerit dari awal sampai hujung; Dato’ M. Nasir, Ella, Dato’ Jamal Abdillah, Slam, Spider, K-Clique, Insomniacks, Bunkface, dan Noh Salleh & Restoe Iboe Band.
Kalau korang generasi 90s memang nostalgia terus. Kalau korang Gen Z, siap dapat dose penuh artis Nusantara yang tengah trending macam Kunto Aji, Bernadya, Feby Putri, Nadhif Basalamah, dan Ghea Indrawari.
Tapi bukan itu je. Hausboom juga bagi platform besar untuk band indie & underdog tempatan seperti LOKO, TT.13, No Good, FUGO, Spooky Wet Dreams, Lucidrari, dan juara Hausboom Gig, The Rudean. Kiranya, ni bukan sekadar festival hiburan, tapi ruang untuk local heroes tunjuk taring.
Dan bila Ella naik ke pentas, terus goosebumps! Queen of Rock itu memang tak aging, suara masih padu macam 1993. Selepas itu, Dato’ Jamal Abdillah tutup malam dengan aura Raja Pop yang tak boleh diganti.
Satu benda pasal Hausboom Festival, dia bukan sekadar pasang stage & panggil artis. The whole vibe curated to perfection.
Bayangkan tengah layan live band, sambil makan makanan viral pilihan KL Foodie, minum Hausboom sejuk, dan singgah booth thrifting SOVO cari jacket retro untuk OOTD. Nak tidur hotel terus pun boleh sebab rakan rasmi Dorsett Hotel pun ada.
Festival ni bukan habis bila stage tutup. Kebanyakkan artis ini tengah conquer streaming platform sekarang dan selepas Hausboom, expect spike besar dalam streams diaorang. Bagi yang tak sempat datang, playlist “Hausboom 2025” memang wajib jadi soundtrack hidup korang untuk bulan ni.
Dengan AirAsia sebagai rakan rasmi & Hotlink sebagai penggerak utama, festival ini memang penuh semangat “Malaysia Boleh”. Setiap tahun Hausboom level-up, dan 2025 officially mark era baru untuk festival tempatan. Bold, inclusive, dan sangat Nusantara-coded.
AirAsia Hausboom Festival 2025 bukan sekadar konsert, it’s Malaysia’s loudest statement that our music scene is alive, diverse & unstoppable. From the OGs to the Gen Z icons, this year’s lineup literally painted the town red.

Comments