MEOVV Gegar Industri K-pop dengan Single Baharu “HANDS UP”
- Nurul Safiah
- 9 hours ago
- 1 min read

Kumpulan K-pop baharu, MEOVV, mencuri perhatian peminat global apabila melancarkan single terbaharu mereka berjudul “HANDS UP” pada semalam.
Lagu ini merupakan pre-release single bagi album mini sulung mereka yang dinamakan My Eyes Open VVIDE, yang dijadualkan akan menemui peminat pada 12 Mei.
Dengan konsep segar dan bertenaga, “HANDS UP” memperlihatkan sisi dinamik MEOVV sebagai kumpulan yang sedang meningkat naik dalam industri hiburan Korea.

Muzik video lagu ini turut mendapat sambutan hangat apabila menampilkan konsep unik, visual ceria dan penuh warna menjadikan MV ini tontonan menarik untuk pelbagai lapisan umur.
Belum sampai 24 jam, muzik video ini berjaya meraih lebih 3.3 juta tontonan di YouTube, membuktikan populariti luar biasa kumpulan baru itu.

Pelancaran “HANDS UP” menandakan langkah serius MEOVV dalam menempatkan diri mereka sebagai bintang baharu dalam arena K-pop global.
Lagu ini kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Apple Music dan YouTube.
Kommentit