MASDO Gegar Ipoh! Showcase “Menuju MASDO 10 Tahun”
- Nurul Safiah
- 9 hours ago
- 1 min read

Selepas berjaya menggamatkan pentas di empat lokasi sekitar Kuala Lumpur, kumpulan retro-pop MASDO kini bakal menggegarkan Ipoh pula menerusi showcase istimewa “Menuju MASDO 10 Tahun”!
Showcase ini akan berlangsung pada 27 Julai 2025, jam 8.30 malam bertempat di PINCER – Perak Innovation & Creative Resource Centre, Taman Meru.
Persembahan ini dianjurkan sempena 4th Ipoh International Art Festival: GEMA – Art, Healing and The Future, dengan kerjasama antara Empayar Masdo dan PORT Ipoh, dan yang paling menarik, masuk adalah percuma!

Ipoh menjadi lokasi kelima untuk jelajah promosi menuju Konsert 10 Tahun MASDO, yang bakal berlangsung pada 31 Ogos ini.
Pengunjung yang hadir turut berpeluang mendapatkan tiket konsert eksklusif secara terus di lokasi acara.

Dikenali dengan gaya retro dan persembahan ‘live’ yang bertenaga, MASDO menjanjikan malam penuh muzik, nostalgia dan interaksi mesra bersama peminat.
Dengan sokongan padu dari komuniti seni tempatan dan peminat muzik seluruh negeri, Ipoh dijangka menjadi satu lagi detik bermakna dalam rangka perjalanan dekad pertama MASDO.

Comentários