top of page

Lagu Tema Ejen Ali 2, “Teman Sejati” Dari NIDJI Menyentuh Hati

  • kaypohmedia
  • May 28
  • 1 min read

Baru-baru ini, band pop-rock terkenal dari Indonesia, NIDJI, telah melancarkan lagu terbaharu mereka berjudul "Teman Sejati", yang kini menjadi lagu tema rasmi untuk Ejen Ali The Movie 2! Lagu ini bukan sekadar siulan mesra telinga, tetapi juga sebuah anthem yang cukup menyentuh jiwa membawa mesej tentang persahabatan sejati yang tidak pernah kenal erti penat lelah.



Dengan melodi pop yang catchy dan lirik yang menyentuh hati, Teman Sejati benar-benar menghidupkan semangat kebersamaan dalam naratif Ejen Ali The Movie 2. Lagu ini dicipta oleh Andi Ariel Harsya dan diterbitkan oleh Petra Sihombing, menjadikannya satu kolaborasi muzik yang padat emosi dan bermakna.


Buat peminat setia NIDJI, lagu ini turut dimuatkan dalam album terbaru mereka berjudul "Manifestasi Hati" (2025), yang telah dilancarkan pada Januari lalu. Album tersebut menampilkan sisi lebih matang dan mendalam dari NIDJI yang kini dianggotai oleh Yusuf Ubay (vokal), Andro Regantoro (bass), Randy Danistha (keyboard), Ramadhista Akbar (gitar), Andi Ariel Harsya (gitar) dan Adri Prakarsa (drum).


Buat mereka yang sudah menonton filemnya, pasti bersetuju bahawa Teman Sejati menambahkan satu lagi lapisan emosi dalam perjalanan epik Ejen Ali dan buat yang belum, Misi: Serbu Pawagam masih berjalan! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi animasi tempatan yang mempesona dan penuh adrenalin ini di pawagam berhampiran.



Tonton video muzik penuh Teman Sejati di saluran YouTube rasmi Ejen Ali, dan jangan lupa untuk follow perkembangan NIDJI di @nidjiofficial.


Satu perkara pasti, dalam dunia penuh cabaran, teman sejati adalah kuasa sebenar. 

Comments


bottom of page