top of page

Tayangan Awal Eksklusif Ejen Ali The Movie 2 Gegar 9 Pawagam Serentak 18 Mei Ini!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 3 days ago
  • 1 min read


Para Ejens, masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba! Filem animasi paling dinanti tahun ini, Ejen Ali The Movie 2, bakal menemui penonton lebih awal menerusi tayangan eksklusif yang akan berlangsung serentak di sembilan lokasi pawagam terpilih pada 18 Mei, 11:00 pagi.

 

Inisiatif istimewa ini merupakan kerjasama hebat antara WAU Animation, Primeworks Studios dan Golden Screen Cinemas (GSC) yang terus komited menyokong karya animasi tempatan.

 

Menariknya, dengan hanya RM40, peminat bukan saja dapat menjadi antara penonton terawal, malah turut menerima tiket filem bersama satu lencana butang eksklusif serta kombo popcorn sederhana! 

 

Antara lokasi yang terlibat termasuk GSC Mid Valley Megamall, KL East Mall, MyTOWN, Setia City Mall, IOI City Mall Putrajaya, AEON Bandaraya Melaka, Aman Central Alor Setar dan East Coast Mall Kuantan.

 


Buat peminat yang mahukan pengalaman menonton yang lebih mewah dan eksklusif, Aurum Theatre di The Exchange TRX turut menyajikan dua slot tayangan khas pada jam 11:00 pagi dan 1:30 petang.

 

Lebih mengujakan, penonton berpeluang bertemu secara langsung dengan maskot Ejen Ali dan barisan pelakon suara dalam acara yang bakal diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik.

 

HQ MATA turut menjemput peminat cosplay untuk hadir dengan gear lengkap dan menjadi sebahagian daripada misi eksklusif ini!

 

Tempahan tiket boleh dibuat menerusi laman web atau aplikasi GSC sekarang. Jangan tunggu lama, siapa cepat, dia dapat!

 


Comments


bottom of page