top of page

Konsert Sulung NCT WISH Bakal Temui Peminat di Kuala Lumpur!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • Jul 22
  • 1 min read
ree

Kumpulan K-pop sensasi, NCT WISH, bakal menjayakan konsert jelajah pertama mereka yang bertajuk ‘INTO THE WISH: Our WISH’. Konsert ini bakal diadakan pada 7 Mac 2026 di Idea Live Arena, Kuala Lumpur! 


Konsert ini adalah sebahagian daripada jelajah besar yang akan merentasi pelbagai bandar utama di Asia termasuk Incheon, Osaka, Hong Kong, Taipei, Bangkok, dan banyak lagi.


ree

Kunjungan mereka ke Malaysia pastinya menjadi detik yang sangat dinanti-nantikan oleh para peminat NCTzen tempatan.


Apa yang lebih menarik lagi, ini merupakan konsert sulung NCT WISH dan menjadikannya momen yang cukup istimewa serta penuh makna bagi peminat menyaksikan persembahan eksklusif daripada kumpulan rookie di bawah naungan SM Entertainment ini. 


Buat para peminat yang telah menantikan kehadiran mereka ke Malaysia, inilah masanya untuk bersatu dan menjadi sebahagian daripada sejarah konsert pertama NCT WISH!


Bagi maklumat lanjut dan jualan tiket, peminat disarankan untuk mengikuti akaun rasmi penganjur di platform X  @imemalaysia dan Instagram @ime.malaysia 


Comments


bottom of page