top of page

Karya Kreatif, Drama Dinamik: FFM34 Nak Buktikan Filem Kita Masih Hidup!

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 5 hours ago
  • 2 min read
ree

Festival Filem Malaysia (FFM) yang menjadi medan prestige buat penggiat filem tempatan belum rehat untuk edisi ke-34. Banyak berita panas dan perubahan yang tengah trending sekarang. FFM34 kali ini akan berlangsung pada 8 November 2025 di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media, Kuala Lumpur. 


Macam biasa, pencalonan terbuka untuk filem cereka, filem pendek dan dokumentari yang telah ditayangkan di pawagam tempatan dalam tempoh antara 1 Julai 2024 sampai 30 Jun 2025.  Tema rasmi tahun ini ialah “Karya Kreatif, Sinema Dinamik” bagi untuk gambarkan semangat baru dalam pawagam Malaysia yang lebih versatil dan bukan statik.


Salah satu berita paling menarik, pemenang Kategori Filem Terbaik FFM34 akan diberikan dana RM1 juta melalui Dana Kandungan Kreatif (DKK). Ini bukan setakat hadiah simbolik, kerajaan nampak serius nak sokong filem tempatan bukan sekadar di pentas festival, tetapi bagi peluang filem tu pergi jauh di pasaran global. Selain itu, ada juga sokongan kemudahan seperti sewaan fasiliti FINAS bernilai RM20,000 untuk beberapa kategori utama.


Beberapa kategori baru pun diperkenalkan, antaranya Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik, bagi menghargai keberanian produksi & pelakon dalam adegan yang mencabar.  Tambahan lagi, para tokoh veteran filem Malaysia akan dihargai dalam program Tribute; nama-nama seperti Rosnani Jamil, Ruminah Sidek, Rahim Razali dan Othman Hafsham bakal diraikan juga.


ree

Untuk siaran, FFM34 akan disiarkan secara langsung di saluran RTM, kerana RTM diangkat sebagai penyiar rasmi festival kali ini. Tarikh buka penyertaan sudah diatur; bermula 8 Julai 2025 dan ditutup 18 Julai 2025.  Jadi kalau ada filem baru nak masuk perlumbaan, masih ada ruang masa untuk prepare.


Namun, dalam sorotan antarabangsa, ada persinggungan dengan festival filem lain. Contohnya Malaysia International Film Festival (MIFFest) 2025 yang telah selesai Julai lalu memperagakan 62 filem dari 48 negara dan membuka ruang kerjasama produksi antarabangsa. Idea sedemikian boleh jadi benchmark buat FFM, bukan sekadar perjuangkan filem tempatan, tapi wujudkan jambatan ke luar negara.


Tapi ya, tak semua pandangan positif. Ada rungutan bahawa juri mesti lebih objektif, tak mudah terjebak dalam geng filem besar atau nama besar. Malah ada pengkritik dan pelakon yang beri ‘peringatan’ supaya proses penilaian tak berat sebelah terhadap filem blockbusters. Kalau FFM 2025 nak relevan dan dihormati, transparansi & kredibiliti juri jadi kunci.


Jadi, apa yang harus ditunggu? Malam anugerah 8 November 2025 adalah puncak untuk siapa yang bakal menang, siapa bakal mencairkan hati peminat, dan apakah filem “dinamik” yang benar-benar layak diperjuangkan.


ree

Comments


bottom of page