top of page

Latihan Pestapora Malaysia 2026 Umum Barisan Artis Penuh

  • kaypohmedia
  • 32 minutes ago
  • 2 min read

Kalau anda peminat festival muzik yang campur vibe Malaysia dan Indonesia sekali gus, Latihan Pestapora Malaysia 2026 memang patut masuk wishlist sekarang. Selepas tiket “Blind Sale” habis disambar peminat, festival rentas budaya ini akhirnya mengumumkan barisan penuh artis yang bakal beraksi pada 15 Ogos 2026 di Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur.

Apa yang buat ramai excited? Sudah tentu lineup yang penuh dengan nama besar serantau. Dari Indonesia, antara yang bakal naik pentas termasuk Tulus, Juicy Luicy, Mahalini, Maliq & D’Essentials dan legenda dangdut Rhoma Irama. Nama lain seperti Bernadya, Nadhif Basalamah serta Romantic Echoes pun ada dalam senarai.


Dari Malaysia pula, festival ini kumpulkan gabungan artis muda dan band tempatan yang memang kuat aura live mereka. Antaranya Aisha Retno, Aziz Harun, Masdo, Insomniacks, Gerhana Skacinta dan FUGŌ.


Yang paling menarik semestinya bahagian kolaborasi eksklusif. Bukan selalu kita dapat tengok kombinasi macam Rhoma Irama Soneta bersama Maliq & D’Essentials dalam satu pentas. Selain itu, Masdo bakal bergabung dengan Gerhana Skacinta untuk persembahan yang dijangka penuh energi ska dan retro. Satu lagi kolaborasi yang ramai dah mula bincang di media sosial ialah gabungan Nadhif Basalamah, Aziz Harun dan Aisha Retno.

Festival ini sebenarnya bukan sekadar konsert biasa. Latihan Pestapora Malaysia dibawa masuk dengan semangat meraikan muzik serumpun antara Malaysia dan Indonesia. Sebab itu lineup tahun ini nampak lebih “dekat” dengan citarasa peminat tempatan, bukan sekadar nama viral semata-mata.


Menurut pihak penganjur dari  Hitman Solutions dan  Boss Creator, sambutan terhadap tiket awal sebelum ini membuktikan peminat Malaysia memang dah lama tunggu festival konsep begini. Malah, ramai peminat tempatan sebelum ini sanggup terbang ke Jakarta semata-mata nak rasa sendiri pengalaman Pestapora.


Untuk edisi 2026, pihak penganjur turut menjanjikan beberapa penambahbaikan pengalaman festival termasuk stesen air percuma di seluruh kawasan acara. Nampak macam benda kecil, tapi siapa pernah pergi festival outdoor memang tahu benda macam ni sangat membantu.


Menariknya lagi, festival ini juga menunjukkan bagaimana muzik Malaysia dan Indonesia sekarang semakin rapat. Artis kita makin kerap buat persembahan di Indonesia, dan artis seberang pun semakin kuat pengaruh mereka dekat sini. Jadi Latihan Pestapora Malaysia 2026 macam jadi “meeting point” untuk dua scene muzik yang memang banyak berkongsi vibe dan peminat.

Tiket Latihan Pestapora Malaysia 2026 kini sudah mula dijual dan kalau tengok hype sekarang, memang ada potensi cepat habis untuk kategori tertentu. Jadi kalau lineup kali ini memang kena dengan playlist harian anda, mungkin ini masa sesuai untuk secure tiket awal.

Comments


bottom of page