Jung Yong Hwa (CNBLUE) Bakal Gegarkan Kuala Lumpur September Ini!
- Ain Najihah
- 2 days ago
- 1 min read

Buat pertama kali, Jung Yong Hwa, vokalis utama kumpulan CNBLUE akan mengadakan konsert solo di Malaysia pada 14 September 2025, bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Konsert bertemakan “Director’s Cut: Our Fine Days” ini dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment sempena ulang tahun ke-10 debut solo beliau serta pelancaran mini album terbaharunya, “One Last Day”.
Yong Hwa yang terkenal dengan bakat nyanyian, lakonan dan pengacaraan, pernah berkolaborasi dengan nama besar seperti JJ Lin dan Jam Hsiao serta membintangi drama popular Brain Works dan Sell Your Haunted House.
Tiket akan mula dijual pada 1 Ogos 2025 (Jumaat), jam 12 tengah hari di www.ticketingtix.com, dengan harga bermula dari RM368 hingga RM888.

Pembeli tiket juga berpeluang untuk memenangi pelbagai faedah eksklusif seperti sesi soundcheck, poster dan polaroid bertanda tangan serta kad foto.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam penuh kenangan bersama Jung Yong Hwa di Kuala Lumpur!
Comentarios