top of page

Jeon Somi Pukau Peminat Dengan MV ‘Extra’, 1.5 Juta Tontonan Dalam Masa 17 Jam!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 11 hours ago
  • 1 min read

Jeon Somi kembali mencetuskan fenomena apabila muzik video (MV) terbaharunya, EXTRA, berjaya meraih 1.5 juta tontonan hanya dalam tempoh 17 jam selepas dilancarkan di YouTube semalam.

 

Lagu ini menandakan kemunculan semula yang berani dan segar buat ikon K-pop itu, dengan sokongan penuh daripada labelnya, THEBLACKLABEL.

 

EXTRA merupakan single digital baharu yang turut menampilkan kolaborasi bersama Teddy, penerbit legenda yang dikenali sebagai ‘sentuhan emas’ dalam industri K-pop.

 

Lagu ini dijangka memperluas dimensi muzik Somi yang sebelum ini sinonim dengan elemen teen pop dalam lagu seperti Dumb Dumb, Fast Forward dan Ice Cream.

 

Poster konsep kedua yang didedahkan pada 3 Jun lalu telah mencuri perhatian ramai, memperlihatkan Somi dalam gaya futuristik dengan rambut perang ikonik, busana seakan perisai, kuku tajam serta estetik monokrom.

 

Penampilan itu menampilkan sisi baharu Somi yang lebih matang, misteri dan dramatik, jauh dari imej berwarna-warni yang pernah mendefinisikan dirinya.

 

Peminat dan pemerhati industri kini menantikan impak seterusnya daripada EXTRA, yang bukan sahaja menampilkan visual memukau, tetapi turut memberi petunjuk kepada evolusi muzik Somi ke arah lebih eksperimental dan dewasa.

 

Angka tontonan yang melambung tinggi sejak hari pertama sudah pun membuktikan satu perkara, Jeon Somi masih relevan, dan mungkin lebih ‘extra’ dari sebelumnya.



Comments


bottom of page