Hyeri Bakal Temui Peminat Malaysia Ogos Ini Menerusi ‘2025 HYERI FANMEETING TOUR: Welcome to HYERI’s STUDIO’
- Nurul Safiah
- 16 hours ago
- 1 min read

Berita gembira buat peminat K-Drama dan K-pop tempatan! Pelakon dan bintang terkenal Korea Selatan, Hyeri, bakal mengadakan pertemuan eksklusif bersama peminat di Malaysia menerusi siri jelajah peminatnya “2025 HYERI FANMEETING TOUR: Welcome to HYERI’s STUDIO”.
Acara yang dijangka bakal gamat ini akan berlangsung pada 17 Ogos 2025 di Zepp Kuala Lumpur!
Acara yang dinanti-nantikan ini akan bermula pada jam 7.00 malam dan menjanjikan pengalaman istimewa bersama Hyeri yang terkenal dengan keperibadiannya yang ceria, bersahaja dan penuh pesona.

Harga tiket untuk fanmeeting ini bermula daripada RM498 hingga RM798, dan jualan umum akan dibuka mulai 8 Julai 2025 (Selasa), jam 11.00 pagi menerusi pautan https://my.bookmyshow.com/e/HYERIFMT.
Setiap transaksi hanya dibenarkan untuk pembelian maksimum sebanyak enam tiket sahaja.
Peminat bakal disajikan dengan pelbagai segmen menarik yang mendekatkan mereka dengan Hyeri dalam suasana yang intim dan eksklusif.
Acara ini dianjurkan oleh Wan Xing Entertainment dengan kerjasama Aunix Studio sebagai pengurus acara rasmi.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik istimewa ini bersama Hyeri, hanya di Kuala Lumpur!

Comments