top of page

Dari Klang ke Korea, Lingling Bawa Nama Malaysia ke Pentas Dunia

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • Apr 21
  • 1 min read


Peminat K-pop di Malaysia kini mempunyai satu lagi sebab untuk bergembira. Alicia Wong Lingling atau lebih dikenali sebagai Lingling  bakal menjadi rakyat Malaysia pertama yang secara rasmi akan debut dalam sebuah kumpulan gadis K-pop.


Remaja berusia 19 tahun dari Klang, Selangor ini mula meraih perhatian pada tahun lalu menerusi rancangan realiti survival Mnet, I-LAND 2. Rancangan ini merupakan tempat di mana beliau menonjolkan bakatnya melalui kemahiran tarian, vokal dan keyakinan di atas pentas serta personalitinya yang menarik.


Menurut Akhbar Korea JoongAng Daily, Lingling kini telah mengesahkan tempatnya dalam kumpulan gadis global pertama terbitan agensi Leanbranding yang dijadualkan akan debut pada hujung bulan Mei.



Peminat masih mengingati Lingling sepanjang penglibatannya dalam I-LAND 2 kerana kebolehannya yang serba boleh serta daya tarikannya yang tersendiri.


Debut Lingling bukan sekadar permulaan baharu dalam perjalanan seninya, malah menjadi pencapaian bersejarah yang mengangkat nama Malaysia dalam arena muzik K-pop antarabangsa.


Leanbranding memaklumkan kepada Korea JoongAng Daily bahawa maklumat lanjut mengenai debut kumpulan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi melalui saluran media sosial rasmi mereka.


Comments


bottom of page