top of page

BLACKPINK "DEADLINE": Misi Menawan Dunia Bermula Julai Ini!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • May 27
  • 1 min read


BLACKPINK sekali lagi menggemparkan dunia K-pop dengan pengumuman jelajah dunia terbaharu mereka bertajuk "DEADLINE WORLD TOUR 2025".


Poster rasmi yang dimuat naik oleh akaun Twitter rasmi BLACKPINK telah menarik perhatian peminat global dengan senarai tarikh dan lokasi yang terpilih menandakan kemunculan semula berskala besar kumpulan itu ke pentas antarabangsa.


Jelajah ini akan bermula di tanah air mereka sendiri, Goyang, Korea Selatan pada 5 dan 6 Julai 2025. 



Konsert ini dijangka menjadi antara yang terbesar dalam sejarah BLACKPINK dengan kerjasama promosi daripada Live Nation dan Avex serta dibawakan oleh YG Entertainment.


Reputasi BLACKPINK yang sentiasa membawa persembahan memukau dan kekuatan vokal serta tarian yang mengagumkan, "DEADLINE" bukan sekadar nama tetapi ia adalah janji untuk penamat yang hebat dan permulaan era baharu BLACKPINK.


BLINKS, adakah anda sudah bersedia untuk jelajah yang akan berlangsung ini?


Commentaires


bottom of page