top of page

BABYMONSTER Gegar YouTube dengan “Hot Sauce”, Cecah 22 Juta Tontonan dalam 3 Hari!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 15 hours ago
  • 1 min read

Kumpulan rookie sensasi YG Entertainment, BABYMONSTER, terus membuktikan taring mereka dalam dunia K-pop apabila muzik video terbaharu mereka bertajuk “Hot Sauce” meraih sambutan luar biasa sejak dilancarkan tiga hari lalu.

 

Setakat hari ini, muzik video tersebut telah mencatat lebih 22 juta tontonan di YouTube dan kini berada di tempat ke-4 dalam senarai trending YouTube kategori muzik, menandakan penerimaan hangat bukan sahaja di Korea Selatan, malah di peringkat antarabangsa.

 

“Hot Sauce” menampilkan konsep penuh tenaga dengan visual berani dan koreografi mantap, memperlihatkan kematangan gaya dan identiti muzik kumpulan ini yang kian menyerlah meskipun masih baru dalam industri.

 

Peminat di seluruh dunia turut membanjiri ruangan komen dengan pujian terhadap vokal, rap dan persembahan visual yang memukau, menjadikan BABYMONSTER antara nama yang wajib diberi perhatian dalam era K-pop moden.

 

Dengarkan “Hot Sauce” sekarang di semua platform digital, dan saksikan muzik video rasminya di saluran YouTube BABYMONSTER sekarang!


Comments


bottom of page