top of page

Allyson Mei Ee Angkat Nama Johor, Dinobat Miss International Malaysia 2025

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 4 hours ago
  • 1 min read
ree

Ratu baru dah jumpa! Allyson Mei Ee, wakil Johor yang juga seorang Jurutera Kimia, berjaya merangkul gelaran Miss International Malaysia 2025 selepas menewaskan 11 peserta lain dalam pentas penuh glam di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu.


Dengan kemenangan ini, Allyson secara rasmi bakal mewakili Malaysia ke pertandingan Miss International 2025 nanti. Bukan sekadar cantik, tapi otak pun power. Kombinasi ini memang buat dia menonjol sebagai simbol wanita moden Malaysia.


Naib johan pula jadi milik Yap Wen Wei dari Kelantan, yang turut mencuri hati juri dengan aura yakin dan personaliti manis dia.


ree

Masa pusingan soal jawab, Allyson ditanya pasal isu ketidaksamarataan gender. Jawapan dia memang menusuk:


“Saya seorang Jurutera Kimia dan saya tahu perasaan tidak didengari dalam bidang yang didominasikan lelaki. Saya mahu letakkan pemerkasaan wanita dengan adanya representasi. Saya mahu ke sekolah-sekolah, tunjuk dekat gadis muda yang mereka boleh pilih takdir mereka sendiri.”


Sebenarnya, ini bukan kali pertama Allyson cuba nasib dalam dunia ratu cantik. Tahun ini juga, dia pernah bertanding di Miss Universe Philippines 2025 mewakili Caloocan City, siap bawa pulang anugerah Best in National Costume.


Kemenangan Allyson kali ini membawa harapan baru buat Malaysia untuk bersinar di pentas dunia. Ingat lagi tak, Cassandra Yap pernah buat kita bangga bila tembus Top 15 Miss International 2023? Jadi kali ini, all eyes on Allyson untuk teruskan momentum itu.


Comments


bottom of page