top of page

7,000 “Keluang Man” Serbu KL – Siapa Sangka Larian Ini Jadi Fenomena?

  • kaypohmedia
  • May 18
  • 1 min read

Lebih 7,000 peminat membanjiri pusat bandar Kuala Lumpur pagi ini sempena ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, acara larian bertemakan adiwira tempatan pertama di Malaysia. Dianjurkan oleh Astro Shaw bersama Wonda Kopi dan DBKL, acara ini diadakan bagi meraikan tayangan filem Keluang Man yang bakal menemui penonton mulai 29 Mei 2025.



Larian sejauh 5km ini menyaksikan peserta tampil memakai topeng Keluang Man, lengkap dengan jersi eksklusif. Pelepasan rasmi disempurnakan oleh maskot BeBe, karakter Keluang Man dan Datuk Bandar KL. Suasana bertambah meriah dengan kehadiran barisan pelakon seperti Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon dan ramai lagi.



Selain larian, acara ini turut menampilkan persembahan dari Krisya dan S.O.G., cabutan bertuah, jualan merchandise, serta pelbagai booth interaktif. Para peserta juga menikmati Wonda Kopi Kluang dan burger bertemakan Keluang Man. Menariknya, kolaborasi bersama Wonda Kopi telah mencatat jualan lebih 2 juta tin dalam masa lapan bulan.



Kata Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw yang juga penerbit eksekutif filem ini:

“Kami mahu semangat Keluang Man – keberanian, kekuatan, dan ketangkasan – diserap dalam kehidupan harian rakyat Malaysia. Hari ini, kita semua menjadi wira dengan cara tersendiri.”

Filem Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit psikiatri yang mula membentuk identiti sebagai wira selepas dibelenggu trauma masa lalu. Dibintangi barisan pelakon hebat termasuk Dato’ Remy Ishak, Amelia Henderson dan ramai lagi, filem ini dijangka mengubah landskap filem superhero tempatan.


Untuk info lanjut dan klip menarik, ikuti @astroshawofficial di media sosial dan gunakan #KeluangMan.

Comments


bottom of page