top of page

Dia Bukan Batman Tapi… Keluang Man Dah Ready Nak ‘Langgar’ Pawagam Seluruh Malaysia!

  • kaypohmedia
  • 2 days ago
  • 2 min read


Kalau kau rasa superhero hanya datang dari Gotham atau Wakanda, kau belum kenal abang kita dari Kluang, KELUANG MAN!


Setelah bertahun-tahun menanti, akhirnya watak ikonik kegemaran ramai dari zaman TV dulu kini tampil bergaya dalam versi live-action yang bakal gegarkan pawagam bermula 29 Mei 2025.

Full casts Filem KELUANG MAN Di pawagam 29 Mei 2025. Gambar oleh Zhafvlog
Full casts Filem KELUANG MAN Di pawagam 29 Mei 2025. Gambar oleh Zhafvlog

Filem ini bukan sekadar reboot biasa. Ia menandakan permulaan besar untuk Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU). Yup, Malaysia pun nak ada universe sendiri sekarang, dan ia dimulakan dengan hero tempatan paling legend.


Treler rasmi yang baru je dilancarkan hari ini buat ramai peminat throwback mode on. Bayangkan Keluang Man versi lebih moden, aksi padu, visual sinematik macam filem Marvel… tapi tetap dengan jiwa tempatan yang kita kenal dan sayang.



Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw merangkap penerbit eksekutif filem ni, Keluang Man bukan sekadar projek filem, tapi satu fenomena yang nak bawa kembali semangat adiwira lokal sambil bagi platform pada jenama-jenama tempatan untuk turut serta dalam ‘mission’ ni. Power tak power?


Antara teaser awal yang buat peminat tak senang duduk termasuklah:

  • Kemunculan Keluang Man di Hari Merdeka dengan sut baru yang padu

  • Mural gergasi Keluang Man dekat Kluang, Johor

  • Kolaborasi strategik dengan Kopi Wonda (ya, superhero pun minum kopi 👀)


Sambil tunggu filem ni turun ke pawagam, kau boleh ‘panaskan enjin’ dengan menonton balik siri animasi asal Keluang Man dari musim pertama sampai ketiga di www.keluangman.com. Nostalgia habis!



Nak lagi syok? Join hype dekat TikTok, Instagram, X, dan Facebook Astro Shaw & Astro Gempak. Jangan lupa guna #KeluangMan dan #KeluangManMovie


So mark your calendar, ajak member satu geng, dan bersedia untuk masuk dunia adiwira tempatan yang penuh punchline, aksi dan hati hanya di pawagam 29 Mei nanti!

Comments


bottom of page