Larian Superhero ‘Keluang Man WONDA Fun Run’ Gegar KL 18 Mei Ini!
- Nurul Safiah
- 6 days ago
- 1 min read

Wira rakyat kini kembali, bukan hanya di pawagam tapi juga di jalan raya Kuala Lumpur! Sempena tayangan filem Keluang Man yang bakal menemui penonton pada 29 Mei 2025, Astro Shaw membawakan acara penuh aksi dan semangat Keluang Man x WONDA Fun Run.
Acara ikonik ini bakal berlangsung pada Ahad, 18 Mei 2025, bertempat di Menara DBKL, Kuala Lumpur, dari 5:30 pagi hingga 11:30 pagi,
Perkara yang paling menarik tentang larian ini, ianya PERCUMA dan terbuka kepada semua!
Sesi pemanasan badan akan bermula jam 6.45 pagi sebelum flag off tepat jam 7.00 pagi. Peserta digalakkan tampil bergaya dengan kostum bertemakan Keluang Man atau pakaian sukan berwarna burgundy, simbol semangat adiwira.
Larian ini turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelakon filem Keluang Man termasuk Nas Muammar Zar, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Dennis Yin, Anwari Ashraf dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk bergambar dan beramah mesra bersama mereka dalam sesi santai bermula jam 9.00 pagi!
Sama ada anda datang untuk bersenam, bergaya, atau sekadar menikmati suasana, satu perkara pasti, semangat Keluang Man akan menyatukan kita semua!
Ayuh, daftar sekarang di www.keluangman.com.my dan jadi sebahagian daripada misi ‘Run for Justice, Style, and Fun’!
Commentaires