top of page

Zenbu Kimi No Sei Da Bakal Gegar KL, Bawa Vibe ‘Yami-Kawaii’ Buat Kali Pertama

  • Writer: N
    N
  • 1 day ago
  • 2 min read

Kalau korang peminat J-culture, ini berita yang memang susah nak ignore, Zenbu Kimi No Sei Da Malaysia 2026 akhirnya jadi realiti. Buat pertama kali, kumpulan idol alternatif dari Jepun ini akan perform secara live di Kuala Lumpur, dan lokasinya bukan calang-calang intimate gila.

Show pertama mereka di Malaysia akan berlangsung pada 24 April 2026 di Studio Angguk, Ara Damansara. Dengan kapasiti venue yang kecil, ini jenis gig yang rare, dekat, raw, dan penuh energi.


Zenbu Kimi No Sei Da, atau peminat panggil ZenbuKimi, bukan idol tipikal yang kita biasa nampak. Mereka bawa konsep “yami-kawaii" gabungan aesthetic comel tapi gelap, dengan lirik yang sentuh isu emosi, tekanan hidup dan sisi manusia yang jarang dibincangkan secara terbuka.


Muzik mereka pula campur aduk pop, rock dan elemen chaos yang buat setiap persembahan terasa intense. Bukan sekadar nyanyi dan dance ini jenis show yang buat korang rasa experience tu sekali.


Menariknya, konsert ini bukan hanya tentang artis Jepun semata-mata. Ia juga jadi platform untuk gabungkan scene tempatan dan antarabangsa.


Antara lineup yang confirm naik pentas:


  • Kyoto Protocol – nama besar indie rock Malaysia yang memang tak asing lagi

  • Rina-Hime – performer tempatan yang aktif dalam komuniti J-pop dan cosplay



Gabungan ni memang rare. Bayangkan vibe indie Malaysia campur dengan budaya idol alternatif Jepun memang lain macam.

Menurut pihak penganjur, Studio Angguk dipilih sebab suasana “close-quarters” dia. Maksudnya, penonton boleh rasa connection lebih dekat dengan artis tak macam konsert stadium yang jauh beribu kilometer rasa.


Dari segi tiket, harga pun masih kategori “mesra poket”:


  • Pre-sale: RM60

  • Walk-in: RM80



Tapi dengan hype yang dah mula terasa dalam komuniti J-culture tempatan, jangan terkejut kalau cepat sold out. Lagi-lagi ini first time ZenbuKimi datang Malaysia.


Untuk yang belum familiar, Zenbu Kimi No Sei Da memang dikenali dalam scene alternatif Jepun sebagai kumpulan yang berani keluar dari template idol biasa. Kostum unik, persembahan bertenaga, dan mesej yang lebih “deep” itu antara sebab mereka ada fanbase global yang solid.


Akhir kata, kalau korang nak rasa pengalaman gig yang lain daripada biasa, ini salah satu event yang patut masuk dalam list April korang. Bukan sekadar konsert, tapi satu perjalanan masuk ke dunia “yami-kawaii” yang penuh emosi dan energi.

Comments


bottom of page