you.will.knovv Bakal Gegarkan Zepp KL Oktober Ini!
- Nurul Safiah
- 1 hour ago
- 1 min read

Peminat muzik alternatif R&B Korea bakal disajikan dengan malam penuh magis apabila you.will.knovv, mengumumkan Kuala Lumpur sebagai satu-satunya lokasi konsert mereka di Asia Tenggara tahun ini.
Konsert istimewa ini bakal berlangsung pada 4 Oktober 2025 di Zepp Kuala Lumpur, menampilkan barisan artis tersohor di bawah label tersebut iaitu Tabber, Rad Museum, dan Miso.
Dikenali dengan gaya muzik eksperimental, penghasilan visual sinematik serta aura misteri yang tersendiri, you.will.knovv berjaya membina peminat global sejak kemunculannya.
Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi sebuah pengalaman penuh deria yang menjanjikan gabungan seni audio dan visual dalam satu persembahan imersif yang sukar dilupakan.

Dengan Kuala Lumpur menjadi satu-satunya destinasi pilihan mereka di Asia Tenggara, konsert ini pastinya akan menjadi tumpuan utama peminat muzik alternatif di rantau ini.
Tiket akan mula dijual pada 18 Julai 2025, jam 12 tengah hari menerusi platform BookMyShow, Trip.com dan Ctrip.com.
Peminat disarankan untuk mendapatkan tiket lebih awal kerana tempat duduk adalah terhad dan permintaan dijangka tinggi bagi acara eksklusif ini.

Comments