top of page

Yasin Bebas Dari Hukuman Penjara Seumur Hidup dan 16 Sebatan

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 7 hours ago
  • 1 min read

Komposer dan penyanyi terkenal, Yasin Sulaiman, akhirnya menarik nafas lega apabila Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan beliau daripada hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan.

 

Keputusan bersejarah itu diumumkan oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang memutuskan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang sebelum ini mensabitkan Yasin, 50, atas tiga pertuduhan dadah.

 

Dalam keputusannya, mahkamah turut memerintahkan supaya beliau kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, untuk menerima rawatan sehingga mendapat perkenan Sultan Selangor.

 

Dalam pertuduhan pertama, Yasin didakwa atas pertuduhan memiliki 193.7 gram kanabis dan menanam 17 pokok kanabis.

 

Walau bagaimanapun, pembelaan berhujah bahawa keadaan kesihatan mental Yasin perlu diambil kira dan menekankan keperluan rawatan berbanding hukuman berbentuk pemenjaraan.

 

Hari ini, Mahkamah Rayuan bersetuju dengan hujah tersebut, dengan menyatakan bahawa rawatan di hospital mental adalah lebih sesuai berdasarkan keadaan Yasin.

 

Keputusan itu disambut dengan rasa syukur oleh ahli keluarga, peminat, dan rakan artis yang menyatakan sokongan mereka sepanjang tempoh perbicaraan.

 
 
 

Comments


bottom of page