Win Metawin Tampil Eksklusif di Pelancaran Prada Paradigme
- Atiqah Halim
- 1 day ago
- 1 min read
Pavilion Kuala Lumpur menjadi tumpuan apabila pelakon popular Thailand, Win Metawin, hadir sebagai wajah utama dalam pelancaran Prada Paradigme, haruman maskulin terbaharu daripada Prada Beauty.

Untuk yang mungkin kurang mengenali, Win Metawin atau nama penuhnya Metawin Opas-iamkajorn mula mencuri perhatian menerusi siri fenomena 2gether: The Series (2020) sebelum mengukuhkan reputasinya melalui adaptasi F4 Thailand: Bloys Over Flowers (2021). Kini beliau dianggap antara pelakon muda paling berpengaruh di Asia, selain aktif dalam dunia fesyen dengan kerjasama jenama-jenama antarabangsa seperti Prada.
Kemunculan Win di Pavilion nyata mencuri perhatian, apabila ratusan peminat setia membanjiri ruang pop-up Prada sejak awal pagi. Sorakan dan kilauan kamera menyambut setiap langkahnya, menandakan keterujaan luar biasa terhadap kehadiran beliau.
Prada Paradigme diperkenalkan sebagai lambang maskulin moden yang berani namun tetap elegan. Penampilan Win dalam busana biru cair dengan gaya penuh karisma menjadikan beliau figura ideal untuk mencerminkan identiti baharu haruman ini.

Comments