Weekend Ni Confirm Tak Cukup Masa, Ini Dia 8 Event Paling Panas Sekitar KL
- kaypohmedia
- 4 days ago
- 2 min read
Hujung minggu dah makin dekat, soalan wajib pun muncul: “Nak lepak mana kali ni?” Jangan risau geng, Kaypoh dah tolong shortlist event-event paling panas sekitar Klang Valley (dan sikit luar KL untuk yang berani road trip).
Weekend kali ini memang tak main-main, daripada festival muzik indie & rock yang gegar pentas, ke pameran seni digital immersive yang penuh dengan lampu dan refleksi, sampailah ke bazar lifestyle yang sarat dengan vibes lokal. Ada juga screening filem klasik Charlie Chaplin untuk pencinta cinema lama, dan streetwear market untuk collectors tegar.
So kalau korang jenis yang tak suka duduk diam hujung minggu, line-up ni memang tailor-made untuk isi jadual.
TAPAUfest 2025
📍 Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak
ROCK THE WORLD KL 2025
📍 Stadium Hoki Tun Razak, Jalan Duta, KL
🪞MIRROR: TouchDesigner Exhibition
📍 Galeri Filamen, GMBB (Level 4)
WMNFF x REXKL: The Gold Rush (1925)
📍 REXKL
Tee Party Vol. 4
📍 Lakepoint Club, Alam ImpianGathering streetwear + sneakers + vintage collectors.
Lejen Kita
📍 Central Market, KL
Hello Inilah KITA Temu Mesra
📍 Pintu Utama, Pavilion KL
MAA.KET
📍 Semua House, KL
So geng, hujung minggu ni jelas sekali tak cukup kalau nak hadap semua event. Dari pentas festival sampai lorong-lorong seni, dari bazar lifestyle ke layar filem klasik, Klang Valley penuh dengan aktiviti yang boleh isi feed Instagram korang dan hati sekali.
Apa yang best, setiap event ni ada vibe tersendiri: ada yang buat korang lompat-lompat depan stage, ada yang bagi ruang untuk slow down & appreciate seni, ada juga yang bawa korang kembali ke nostalgia.
Yang penting, hujung minggu ni jangan bazirkan masa dengan scroll phone je kat rumah, turun padang, support komuniti, dan jadikan setiap detik cerita yang boleh dikenang.
Comentários