Sooka Gilerrr Streaming Challenge Gegarkan Pavilion Bukit Jalil, Catat Malaysia Book of Records dan Perkenal sooka Shorts
- Atiqah Halim

- 3 hours ago
- 2 min read

Sooka Gilerrr Streaming Challenge Gegarkan Pavilion Bukit Jalil, Catat Malaysia Book of Records dan Perkenal sooka Shorts
Sooka mencuri perhatian umum selepas menganjurkan sooka Gilerrr Streaming Challenge di Pavilion Bukit Jalil yang mengumpulkan seramai 273 peserta untuk menyertai cabaran penstriman sepanjang hari. Kejayaan ini melayakkan sooka menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori Peserta Terbanyak dalam Cabaran Penstriman Multitasking. Sambutan luar biasa ini turut mengukuhkan kedudukan sooka sebagai antara platform penstriman paling berpengaruh di negara ini.

Acara tersebut bukan sekadar pertandingan, malah menjadi ruang untuk sooka memperkenalkan sooka Shorts, format mikrodrama baharu yang bakal dilancarkan Disember ini. Langkah ini selari dengan trend global yang menunjukkan peningkatan minat terhadap kandungan pendek.
Penglibatan Besar, Semangat Tinggi
Sebagai acara skala besar pertama sooka, sambutan yang diterima jelas membuktikan hubungan kuat platform ini dengan penonton Malaysia. Peserta bukan sahaja bersaing, malah menunjukkan komitmen tinggi untuk terus menstrim sambil melalui pelbagai cabaran yang mencabar fokus dan ketahanan.

Acara turut diserikan dengan kehadiran duta jenama sooka Evertts Gomes, Aiman Ameer, Wani Kayrie dan Kimberly Chuah. Turut memeriahkan program ialah finalis Dewi Remaja, peserta Jaguh Rakan Muda, 12 Finalis Astro Star Quest, pelakon Astro Originals dan barisan bakat sooka Shorts, selain penampilan khas artis seperti Uriah See, ALPHA, Qasrina Karim, Mierul Aiman dan Khai Bahar.
Cabaran Unik Uji Fokus dan Ketahanan
Peserta melalui beberapa pusingan cabaran termasuk
• sooka says yang menuntut tindakan pantas tanpa mengalihkan pandangan daripada skrin
• Pusingan gangguan bertema pontianak yang mencabar fokus melalui kejutan dan elemen humor
• Cabaran freeze yang memerlukan peserta mengekalkan posisi tertentu sambil terus menstrim
• Cabaran akhir yang menguji koordinasi apabila peserta diminta mengimbangkan tin air di atas tangan
Kesemua cabaran ini direka bagi menonjolkan aspek multitasking sambil mengekalkan pengalaman penstriman yang konsisten.
Hadiah Bernilai Tinggi Untuk Para Pemenang
Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah utama iaitu sebuah Proton e.MAS 5. Peserta lain yang berjaya menamatkan semua pusingan turut membawa pulang hadiah menarik seperti
• TV Pintar Samsung QLED 85 inci
• iPhone 17 Pro Max
• MacBook Air
• Monitor Permainan Samsung
• PlayStation 5 Pro
• DJI Pocket 3 Creator Combo
• Pengering rambut Dyson
• Headphone Sony
• Kad hadiah JD RM1,000
Bermula 12 Disember 2025, sooka akan melancarkan sooka Shorts yang menawarkan kandungan mikrodrama ringkas dan padat. Antara judul awal termasuk Mandrem, Gadis Dihina Pemilik Empayar, Mak Kau CEO Aku dan Raja Fitnah.
Format ini dibangunkan khas untuk penonton yang mahukan hiburan pantas dan mudah diakses. sooka turut merancang kerjasama dengan studio serantau untuk memperluas pilihan kandungan termasuk mikrodrama Korea. Sebahagian episod boleh ditonton secara percuma manakala akses penuh ditawarkan kepada pelanggan pelan Entertainment dan ke atas.
Acara ini mendapat sokongan Pavilion Bukit Jalil sebagai penaja lokasi dan Vida sebagai penaja minuman.
Aplikasi sooka boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store dan platform Smart TV utama. sooka Shorts boleh diakses terus dari halaman utama aplikasi. Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi WhatsApp +603 95493792, melayari support.sooka.my atau e-mel support@sooka.my.

















Comments