350 Ribu Pengunjung Gegar Karnival Jom Heboh Penang 2025
- Atiqah Halim

- 1 day ago
- 2 min read

Memang betul orang Utara ni lain macam semangat dia! Karnival Jom Heboh (KJH) Pulau Pinang 2025 berjaya mencipta fenomena bila seramai 350,000 pengunjung turun ‘membanjiri’ pekarangan Stadium Batu Kawan selama tiga hari berturut-turut, dari 7 hingga 9 November lepas.
Macam biasa, setiap kali Jom Heboh datang, confirm satu negeri rasa bahangnya. Tapi kali ni, lagi padu sebab sambutan ulang tahun ke-22 KJH dibuat dengan pelbagai aktiviti yang bukan saja fun tapi juga menyatukan komuniti dari yang datang nak bergambar dengan artis sampai la yang join cabaran lasak dan acara kecergasan.
Antara tarikan utama yang jadi rebutan ramai termasuk Street Soccer 3 on 3, Pertandingan Karaoke Rangga & Cinta, Buletin Challenge, dan Meet & Greet bersama pelakon-pelakon popular TV3 dan personaliti TV9. Tak cukup dengan tu, ada juga Tonton Thrill Rumah Hantu, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, dan Zumba serta Pound Fitness untuk yang nak keluarkan peluh.

Paling rare tahun ni, buat pertama kali, Jom Heboh Fun Run diadakan pada pagi Ahad, disertai hampir 2,000 peserta. Bayangkan suasana pagi tu, penuh dengan warna, sorakan, muzik, dan vibe positif. Peserta larian santai sejauh 5KM ni bukan je dapat jersi edisi khas dan goodie bag eksklusif, tapi juga peluang menang hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM40,000!
Tambah meriah, Viper Challenge dan demonstrasi pasukan Komando Malaysia (GGK) pun buat ramai teruja. Aktiviti ni bukan calang-calang sebab selain mencabar ketahanan fizikal, ia tunjuk semangat teamwork yang padu.
Dari segi artis pula, memang ramai turun padang. Antaranya Anna Jobling, Liza Abdullah, Shaza Bae, Muaz Zabir, Shamsul Ghau Ghau, Fedtri Yahya, Farah Nabilah, dan ramai lagi. Fans siap beratur panjang semata-mata nak selfie dan borak santai dengan mereka di Studio Tonton Drama Sangat (STDS).
Bercakap pasal STDS, tempat tu literally jadi ‘center of attention’ bila diadakan Pertandingan Karaoke Rangga & Cinta, sempena hype filem cinta popular yang tengah ditayangkan sekarang. Persembahan paling mencuri tumpuan datang daripada adik Nur Aishah Binti Mohd Hassan, yang bukan je nyanyi power tapi siap ada penari pengiring. Tak hairan la dia sapu dua anugerah sekali gus; Pemenang Utama (RM500) dan Persembahan Terbaik (RM150).

Selain hiburan, reruai-reruai jenama besar macam KWSP, Puspakom dan Perkampungan Usahawan UDA pun jadi tumpuan. Banyak booth bagi promosi menarik, aktiviti interaktif dan hadiah percuma. Memang puas hati siapa yang datang. Dan of course, gerai makanan tempatan pun tak kalah, dari laksa Penang sampai nasi lemak viral, semua ada.
Acara kemuncak dua malam berturut-turut, Konsert Jom Heboh, memang padu habis. Barisan artis hebat seperti Aina Abdul, Naqiu, Kaka Azraff, Nabila Razali, Amelina, Khai Bahar, Aisha Retno, Drama Band dan Jimi (OIAM) menggamatkan pentas dengan persembahan yang buat penonton menjerit tak berhenti.
Karnival Jom Heboh Pulau Pinang 2025 sekali lagi buktikan kenapa ia kekal sebagai acara padang paling ikonik negara. Ia bukan sekadar tempat lepak hujung minggu – tapi ruang untuk rakyat Malaysia bersatu, berhibur dan celebrate semangat komuniti dalam vibe yang penuh positif.
Nak tahu di mana lokasi KJH seterusnya? Jangan lupa follow @jomhebohofficial di Facebook dan Instagram serta layari www.jomheboh.com.my. Kongsi juga moment korang dengan hashtag #KarnivalJomHeboh #KJHPenang2025 #TV3SentiasaBersamamu.









Comments