top of page

TWICE Umum Album “FOUR”, Era Baharu Bermula!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 5 days ago
  • 1 min read


Kumpulan sensasi K-Pop, TWICE, kembali menghangatkan industri muzik dengan pengumuman album penuh keempat mereka yang diberi judul "FOUR".


Menerusi satu ciapan rasmi di akaun Twitter @JYPETWICE, kumpulan itu telah melancarkan video pengenalan berdurasi 12 saat yang bertajuk “INTRO: FOUR”, sekaligus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat global.


Album ini dijadualkan bakal menemui peminat pada Julai 2025, menjadikan ia salah satu kemunculan bagi semua ahli yang paling dinanti tahun ini.



Teaser memperlihatkan ahli TWICE tampil dalam konsep minimalis namun berimpak tinggi dengan pakaian bertulisan “FOUR” yang menambah elemen misteri dan simbolik terhadap fasa baharu kumpulan ini.


Kumpulan TWICE, yang sinonim dengan lagu-lagu hit seperti Fancy, Feel Special, dan Talk That Talk, terus membuktikan bahawa mereka masih utuh dalam industri muzik global dan kekal relevan sepanjang zaman.


Tema serta konsep terbaharu mereka membuatkan ramai menjangkakan bahawa “FOUR” bakal memperkenalkan nafas baharu dalam identiti muzik kumpulan ini.


Untuk info terkini peminat boleh mengikuti TWICE di semua platform media sosial rasmi. Adakah “FOUR” akan menjadi karya terbaik mereka setakat ini? Nantikan kemunculannya pada Julai ini!


Comentários


bottom of page