Tulus dan Ruang Inspirasi Festival Bergabung di Kuala Lumpur!
- Ain Najihah
- 9 hours ago
- 1 min read

Buat peminat setia penyanyi bersuara emas dari Indonesia, Tulus, anda kini boleh mula menghitung hari kerana beliau akan hadir ke pentas Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 yang bakal berlangsung pada 17 Ogos ini di Mega Star Arena, Kuala Lumpur!
Lebih istimewa lagi, Tulus akan tampil untuk mengisi slot persembahan sesi petang bermula pada jam 1.30 tengah hari. Persembahan ini menjanjikan momen yang penuh makna, dekat di hati dan sarat emosi.
Nama besar ini bukan sekadar artis biasa tetapi karya-karyanya seperti Hati-Hati di Jalan, Monokrom dan Teman Hidup sering menjadi peneman perjalanan jiwa pendengar bukan hanya di Indonesia malah di Malaysia.
Menurut pihak penganjur Expoindo bersama rakan kolaborasi Thrive, pemilihan Tulus adalah sejajar dengan visi mereka untuk menjadikan RIF lebih daripada sekadar konsert hiburan.
Festival ini membawa konsep “muzik yang menyentuh jiwa dan memberi inspirasi”, dan Tulus adalah antara yang terbaik bagi tema tersebut.
Tiket bagi sesi petang yang menampilkan Tulus sudah mula dijual sejak 17 Julai menerusi BBO EVENTS atau laman rasmi di https://www.ri-fest.com/kualalumpur/ .


Harga tiket bagi sesi petang yang menampilkan Tulus telah diumumkan seperti berikut:
VVIP - RM758
VIP - RM458
PLATINUM- RM238
SOFA COUPLE SEAT (For booking, contact +60173867136)
GOLD - RM 318
SILVER - RM198
Comments